Apakah yang dicari oleh pengguna YouTube Malaysia sepanjang minggu ini? Daripada kontroversi kritikan Mas Idayu pada Baby Shima hinggalah Gegar Vaganza 4, ternyata kandungan program reality nyanyian mendominasi carian di YouTube.

Namun itu belum dapat menandingi keghairahan peminat filem animasi Incredibles 2 yang menjadikan ianya kandungan yang paling popular di Youtube Malaysia minggu ini.

Berikut 5 carian terhangat di YouTube Malaysia

1. Trailer Incredibles 2.


Sejak dimuat naik sejak 18 November lalu, trailer Incredibles 2 ini sudah mencatat lebih 17 juta tontonan di YouTube. Ini menjadikan video ini sebagai trailer ke 7 paling banyak ditonton dalam sepanjang masa.

Trailer 58 saat ini meledakkan keterujaan peminat sekuel ini yang nyata tidak sabar untuk menunggu tayangannya pada Jun 2018.

2. Konsert Gegar Vaganza 2017 : Minggu 4.


Persaingan Gegar Vaganza 2017 bertambah sengit dengan menyaksikan Haida menjadi peserta ketiga tersingkir Ahad lalu.

Saluran YouTube Astro Gempak yang menjadi platform penstriman langsung konsert ini menjadi satu-satunya cara untuk peminat menonton semula konsert dan memberi kritikan melalui ruangan komen.

3. Mask Singer episode 12.


Episod terbaharu program reality Mask Singer versi China membuatkan peminat tertanya-tanya siapakah selebriti yang berselindung di sebalik topeng ketika membuat persembahan.

Program yang diadaptasi daripada program reality Korea Selatan ini, sudah pun masuk musim kedua di China.

4. #Fattzura di Mekah



Fazura dan Fattah Amin mengerjakan umrah bersama dan meninggalkan pelbagai persoalan mengenai hubungan mereka.

Jadi tidak hairan, peminat Fattzura meneliti setiap perkongsian video mereka ketika di Tanah Suci. Video Fazura yang menyapa Fattah dengan panggilan ‘darling’ ini bagaikan memberi bayangan hubungan mereka berdua.

Melalui sidang media pada Khamis, mereka mengakui tidak bernikah di Mekah dan mengikat tali pertunangan pada 13 November lepas.

5. ‘Ada nampak mummy happy?’ – Mas Idayu


Pertandingan nyanyian D’Academy Asia 3 mungkin tidak banyak pengikut di Malaysia, namun aksi kontroversi Mas Idayu yang mengamuk ketika mengkritik peserta Malaysia, Baby Shima membuatkan video program ini viral di media sosial.

Amukan Mas Idayu juga menjadi puncline paling popular minggu ini di kalangan netizen.