Warner Bros. Pictures terpaksa mengeluarkan trailer ataupun sedutan filem versi definisi tinggi (HD) bagi filem Suicide Squad lebih awal selepas versi yang dirakam secara haram mula tersebar di internet minggu lepas.
Rakaman dibuat semasa tayangan secara eksklusif buat pengunjung Konvensyen Komik San Diego (SDCC).
Penayangan trailer Suicide Squad ternyata menarik perhatian ramai apabila ia merupakan topik yang trending di seluruh dunia.
Tumpuan utama sudah pasti kepada watak komik Harley Quinn yang diubah untuk versi filem.
Harley Quinn lakonan Margot Robbie yang mula popular menerusi filem the Wolf of Wall Street dan Focus.
Selain itu, watak the Joker yang baharu lakonan Jared Leto turut diselitkan dalam trailer tersebut.
Menurut Warner Bros., pihaknya gagal mengawal penyebaran rakaman yang dibuat pada panggung h di SDCC pada Sabtu.
Justeru bagi memuaskan peminat, Warner Bros. membuat keputusan untuk mengeluarkan versi HD lebih awal.
Tambah Warner Bros. lagi, mereka tidak mahu dikaitkan dengan visual tidak berkualiti bagi filem mereka.
Suicide Squad merupakan filem yang diadaptasi komik terbitan DC menceritakan sekumpulan penjenayah yang direkrut pihak berkuasa untuk menyelamatkan dunia.
Suicide Squad dijadual tayangan Ogos tahun depan di Amerika Syarikat.
Ikuti sedutan filem Suicide Squad yang ditayangkan di SDCC minggu lepas.
Ian Johan Ariff
Tue Jul 14 2015
Suicide Squad mencuri tumpuan ramai selepas trailer dikeluarkan. Gambar - Twitter @ZackSnyder
Pilihan raya UK: Parti Buruh diunjur menang besar
Tinjauan pendapat ketika ini mengunjurkan Parti Buruh meraih 410 kerusi diikuti Konservatif 131, Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).
PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH
Orang sebaik dan cerdik seperti Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang, kata Fadhlina.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
Foto Lady Gaga sebagai Harley Quinn buat peminat tak senang duduk!
Foto penyanyi terkenal Lady Gaga membawa watak sebagai Harley Quinn dalam filem sekuel Joker, Folie Deux kini beredar di media sosial.
James Gunn dedahkan barisan pelakon sekuel Suicide Squad
Pengarah filem, James Gunn mendedahkan senarai barisan pelakon yang bakal membintangi filem baharu bagi sekuel filem adaptasi komik DC, The Suicide Squad.
Akibat rakaman haram, trailer Suicide Squad dikeluarkan lebih awal
Rakaman trailer Suicide Squad yang dibuat secara haram semasa tayangan eksklusif di SDCC gagal dikawal Warner Bros. Pictures.