KUALA LUMPUR: Nama penyanyi terkenal Indonesia, Afgan tidak perlu diperkenalkan lagi. Sejak di awal kemunculannya, bintang berusia 34 tahun ini berjaya memukau pencinta muzik dengan deretan lagu yang dihasilkan.
Tidak hanya mengecap kejayaan luar biasa di negara kelahirannya, Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza turut mencipta fenomena di Malaysia.
Selain lagu, kualiti vokal dimiliki membuatkan ramai yang kagum dan jatuh cinta.
Seiring kematangan usia pembabitannya dalam industri muzik Indonesia yang sudah mencecah 15 tahun, Afgan juga menjadi antara penyanyi yang kerap mengadakan konsert solo termasuk di Malaysia.
Justeru, kejayaan konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu menjadi penanda aras baharu Afgan untuk terus berkarya dan menghiburkan peminat setianya di sini.
Atas sambutan dan permintaan ramai, Afgan bakal kembali menggegarkan Kuala Lumpur menerusi Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) di Plenary Hall, KLCC pada 2 Disember depan yang dibawakan secara eksklusif oleh penganjur, Renjana Idea.
Afgan yang baru selesai menjayakan konsert Afgan Evolution Live In Jakarta, semalam (1 Julai) berkata, dia sangat teruja dan tidak sabar untuk kembali ke Malaysja bagi menghiburkan seluruh peminat.
“Tidak dinafikan, Malaysia ibarat rumah kedua saya dalam berkarya. Setiap lagu saya diterima baik dan mendapat sambutan menggalakkan oleh peminat.
"Apatah lagi setiap kali saya menjayakan konsert di Malaysia, peminat tidak henti-henti memberikan sokongan. Itu satu penghormatan buat saya.
“Sejujurnya, saya juga tidak menjangka penganjur sekali lagi memilih saya untuk mengadakan konsert selepas Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu. Namun, saya percaya mereka ada alasan tersendiri. Selain saya juga senang bekerjasama dengan mereka.
“Apa boleh dikatakan, untuk Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) ini, ia sesuatu yang cukup mengujakan kerana buat pertama kali saya bekerjasama dengan pemuzik daripada Malaysian Philharmonic Orchestra.
"Apabila dimaklumkan mereka bersetuju untuk menjayakan konsert ini, bagi saya ‘it’s amazing’! Tidak sabar rasanya untuk menghiburkan peminat nanti,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar berkata, pihaknya berbesar hati kerana Afgan sekali lagi menerima pelawaan dan bersetuju untuk menjayakan konsert di sini.
“Kali ini kita mahu memberikan kelainan pada konsert Afgan. Tidak seperti dulu yang mana tahun ini persembahan Afgan akan diiringi oleh MPO. Saya pasti deretan lagu popular Afgan itu menjadi lebih hebat dengan iringan pemuzik MPO.
“Jadi, kepada semua yang tak dapat nak menyaksikan konsert sebelum ini, jangan lepaskan peluang untuk hadir pada Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO). Kami menjanjikan persembahan hebat daripada Afgan,” katanya.
Berbeza dengan konsert sebelum ini, pada Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal menyaksikan Afgan menyanyikan lagu-lagu popularnya.
Menariknya juga, pada konsert ini turut menghiburkan peminat adalah penyanyi jemputan yang bakal diumumkan penganjur kelak.
Tiket menyaksikan konsert Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) mula dijual pada 5 Julai 2023, jam 10 pagi, di GOLIVE-ASIA.COM
Harga tiket bermula RM1488 (Lestari Merdu); RM998 (Panah Asmara); RM888 (Lenggang Puspita); RM588 (Heaven); RM338 (Knock Me Out); RM298 (M.I.A) dan RM258 (Bawalah Cintaku).
Astro Awani
Mon Jul 03 2023

Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) di Plenary Hall, KLCC akan diadakan pada 2 Disember 2023.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa
Penyanyi popular Indonesia, Afgan melancarkan album Confession No. 1 - 17th Anniversary Edition sempena ulang tahun ke-17 album pertamanya.

Penutup 2024, Afgan buktikan kehebatan di konsert solo skala besar di Malaysia
Konsert 'Afgan Live in Penang' yang berlangsung di Setia Spice Arena pasti meninggalkan kenangan indah yang akan terus tersemat di hati peminat.

Afgan anggap penyanyi hulur mikrofon kepada penonton bukan pemalas
Afgan tidak bersetuju dengan komen netizen yang menyatakan penyanyi yang menghulurkan mikrofon kepada peminat semasa konsert sebagai pemalas.

Tiket habis dijual, Afgan teruja jayakan konsert bersama orkestra Malaysia
Penyanyi lagu Jodoh Pasti Bertemu itu juga memuji kehebatan kira-kira 25 pemuzik orkestra dari Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.

Afgan kembali beraksi di Kuala Lumpur bersama Malaysian Philharmonic Orchestra
Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) di Plenary Hall, KLCC akan diadakan pada 2 Disember 2023.

Peminat suka, tapi Afgan "benci" lagu Jodoh Pasti Bertemu
Afgan memberi tahu bahawa beliau tidak suka dengan lagu Jodoh Pasti Bertemu.

Dapat nasihat rakan, Afgan mengaku jumpa ahli psikiatri
Semasa pandemik berlangsung ia merupakan tahun yang amat sukar buat semua termasuk dirinya sendiri.

Afgan tak sabar nak bagi 'Panah Asmara' buat peminat Malaysia
Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza mahukan konsertnya kali ini lebih santai dan mahu lebih dekat dengan peminatnya sepanjang konsert berlangsung

KJF 2022: Afgan gamatkan bandar raya Kuching, sentiasa intai ruang kolaborasi
Selain teruja berkongsi pentas dengan artis tempatan, Afgan turut melihat festival ini sebagai penyatuan bakat serta karya dari serata dunia.

Afgan bakal memeriahkan Dewan Plenari, KLCC Disember ini
Afgan bakal mengadakan konsert Afgan Evolution Kuala Lumpur di Dewan Plenari, KLCC 17 Disember ini.