SUDAH lama rasanya tidak melihat kelibat lelaki berkaca mata dan berlesung pipi yang memang terkenal dengan suara lemak merdunya.
Afgan rasanya sudah agak beberapa waktu tidak menebarkan suaranya buat para peminatnya di Kuala Lumpur.
Maka jangan tunggu-tunggu lagi, tarikh 17 Disember ini merupakan tarikh di mana Afgan akan bertemu mata dengan para peminat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mulai jam 8.30 malam.
Para peminat bakal menghabiskan masa dalam durasi dua jam bersama lelaki berusia 33 tahun ini menyanyikan lagu-lagu hits dan popularnya dalam konsert dengan judul Afgan Evolution Kuala Lumpur.
Kalau memang jodoh, pasti akan bertemu dengan Afgansyah Reza yang manis disapa Afgan, dan memang ramailah yang akan terkena panah asmara Afgan pada 17 Disember kelak.
Buat penganjurnya, Renjana Idea Sdn Bhd, ini merupakan masa yang sesuai untuk membawakan kembali Afgan ke pentas berprestij setelah sekian lama penyanyi tersebut hanya bertemu mata dengan para peminat di Indonesia.
Kata Pengarah Renjana Idea Sdn Bhd., Aliya Arisya Anuar, ramai peminat yang meluahkan kerinduan untuk melihat Afgan kembali beraksi di Kuala Lumpur.
"Kami memang mendapat respons dari peminat di mana mereka merindukan kemunculan dan suara Afgan yang bertenaga dan menenangkan itu didengar secara live di Malaysia. Mereka juga sudah tidak sabar untuk menyanyikan beramai-ramai lagu hits Afgan.
"Kami percaya dengan kemunculan pelbagai konsert di Malaysia, Afgan Evolution Kuala Lumpur akan memeriahkan lagi industrI muzik dan menjawab segala kerinduan para peminat yang menantikan kemunculan Afgan di sini dengan persembahan bertenaganya. Kami juga percaya bahawa die hard fan Afgan akan menyokong konsert kali ini yang bakal mempamerkan lagi kematangan Afgan dalam bermuzik," katanya. - Gempak
Gempak
Sat Sep 03 2022

Afgan bakal bertemu peminat 17 Disember ini di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mulai jam 8.30 malam. -Gempak

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa
Penyanyi popular Indonesia, Afgan melancarkan album Confession No. 1 - 17th Anniversary Edition sempena ulang tahun ke-17 album pertamanya.

Penutup 2024, Afgan buktikan kehebatan di konsert solo skala besar di Malaysia
Konsert 'Afgan Live in Penang' yang berlangsung di Setia Spice Arena pasti meninggalkan kenangan indah yang akan terus tersemat di hati peminat.

Afgan anggap penyanyi hulur mikrofon kepada penonton bukan pemalas
Afgan tidak bersetuju dengan komen netizen yang menyatakan penyanyi yang menghulurkan mikrofon kepada peminat semasa konsert sebagai pemalas.

Tiket habis dijual, Afgan teruja jayakan konsert bersama orkestra Malaysia
Penyanyi lagu Jodoh Pasti Bertemu itu juga memuji kehebatan kira-kira 25 pemuzik orkestra dari Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.

Afgan kembali beraksi di Kuala Lumpur bersama Malaysian Philharmonic Orchestra
Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) di Plenary Hall, KLCC akan diadakan pada 2 Disember 2023.

Peminat suka, tapi Afgan "benci" lagu Jodoh Pasti Bertemu
Afgan memberi tahu bahawa beliau tidak suka dengan lagu Jodoh Pasti Bertemu.

Dapat nasihat rakan, Afgan mengaku jumpa ahli psikiatri
Semasa pandemik berlangsung ia merupakan tahun yang amat sukar buat semua termasuk dirinya sendiri.

Afgan tak sabar nak bagi 'Panah Asmara' buat peminat Malaysia
Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza mahukan konsertnya kali ini lebih santai dan mahu lebih dekat dengan peminatnya sepanjang konsert berlangsung

KJF 2022: Afgan gamatkan bandar raya Kuching, sentiasa intai ruang kolaborasi
Selain teruja berkongsi pentas dengan artis tempatan, Afgan turut melihat festival ini sebagai penyatuan bakat serta karya dari serata dunia.

Afgan bakal memeriahkan Dewan Plenari, KLCC Disember ini
Afgan bakal mengadakan konsert Afgan Evolution Kuala Lumpur di Dewan Plenari, KLCC 17 Disember ini.