KUCHING: Bandar Raya Kuching digamatkan dengan kehadiran bintang kelahiran Indonesia, Afgansyah Reza atau Afgan menerusi penganjuran Kuching Jazz Festival (KJF) 2022.
Dalam temu bual ekslusif bersama Astro AWANI pada Sabtu, selain teruja berkongsi pentas dengan artis tempatan, Afgan turut melihat festival ini sebagai penyatuan bakat serta karya dari serata dunia.
"Saya sangat berterima kasih dan teruja kerana saya dapat mempersembahkan sesuatu yang baharu buat peminat di Sarawak, terutama di Kuching.
"Kali terakhir saya di sini, saya datang berkeseorangan, tidak bersama ahli kumpulan saya dan sempat melakukan persembahan selama satu jam sahaja.
"Semoga dalam festival kali ini, persembahan saya memuaskan buat peminat. Meskipun saya ibarat duta bakat Indonesia, namun saya sangat teruja berada di sini dan mudah-mudahan lebih banyak artis Indonesia diundang ke sini," katanya.
Ditanya sekiranya pelatun lagu Terima Kasih Cinta itu ada mengintai ruang kolaborasi bersama artis tempatan, ini jawapannya beliau.
"Berkenaan kolaborasi bersama artis lokal dari Sarawak, saya sangat berminat dan bersikap terbuka untuk sebarang kolaborasi.
"Ia berlaku secara semula jadi melalui proses yang menyenangkan. Saya terbuka untuk berkolaborasi tidak kira dari mana mereka berasal.
"Saya pasti ada banyak artis hebat dari Sarawak terutamanya di Kuching ini dan saya tidak sabar mendengar karya muzik dari sini. Jadi malam ini saya berharap dapat mendengar muzik dari artis tempatan," tambah beliau.
KJF 2022 yang bermula dari 28 sehingga 29 Oktober 2022 menghimpunkan artis dari pelbagai negara di Tebingan Kuching, Sarawak.
Antaranya, Noryn Aziz (Malaysia), Phum Viphurit dari Thailand, Freyja Garbett (Australia), The Arkroyal (Singapura), Hendri Rotinsulu dan Jazmint Band (Indonesia).
Barisan artis persembahan ini turut disertai band asal Bumi Kenyalang, Ta'Dan.
Nickyson Nyambar
Sat Oct 29 2022

Penyanyi popular Afgan berada di Kuching bagi memeriahkan acara Kuching Jazz Festival 2022 pada Sabtu. - Astro AWANI.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

KJF 2022: Afgan gamatkan bandar raya Kuching, sentiasa intai ruang kolaborasi
Selain teruja berkongsi pentas dengan artis tempatan, Afgan turut melihat festival ini sebagai penyatuan bakat serta karya dari serata dunia.