INSIDEN yang terjadi kepada penyanyi muda As'ad Motawh ketika pertunjukan fesyen Primavalet di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini benar-benar memalukan.

Selain ditonton oleh ribuan tetamu yang hadir, aksi itu disaksikan juga oleh barisan artis yang turut sama berada di pentas peragaan itu.

Bagaimanapun, As'ad tampil menjelaskan situasi sebenar yang menyebabkan dia tersadung dan terjelepuk di pentas itu.

BACA: Kasihannya, As'ad Motawh jatuh pentas 'runway'


As'ad bagaimanapun dibantu oleh selebriti Alif Satar yang berada berhampirannya untuk duduk di kerusi tetamu paling hadapan.

As'ad menjadi tetamu undangan sempena konsert separuh akhir GGV2 minggu lalu dengan mempersembahkan lagu hit Senyum.

Dalam perkembangan lain, As'as bakal muncul dengan single keduanya berjudul Percaya selepas sambutan Aidilfitri.

GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam.

GGV2 akhir akan ditayangkan di lima saluran iaitu Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135), Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123) dan saluran terbaharu sempena Ramadan, Ramadan HD (saluran 122).

Konsert final GGV2 bakal membawa tema Gema Akhir dan 6 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV, klik ---> GemaGegarVaganza.

Teks oleh: Amri Hassan