AMMAN: Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Mediterranean Timur, Ahmed Mandhari pada Khamis yang memberi amaran mengenai krisis kesihatan di Sudan, menggesa pihak yang bertelagah di negara itu supaya segera mengosongkan kemudahan kesihatan.

Agensi berita Jordan (Petra) melaporkan kenyataan Mandhari kepada Agensi Anadolu bahawa walaupun berita gencatan senjata di Sudan disambut baik, serangan terhadap infrastruktur kesihatan Sudan telah meningkat dengan hospital di Khartoum dan makmal kesihatan awam pusat negara itu diduduki pihak yang terlibat dalam konflik.

Beliau berkata pendudukan dan pencerobohan di kemudahan kesihatan penting itu menghalang pesakit daripada mendapatkan penjagaan kesihatan asas selain menyebabkan pemberhentian ujian penting sampel makmal.

Beliau memberi amaran bahawa kesan pendudukan di kemudahan kesihatan penting ini menyebabkan pesakit tidak mendapat akses kepada penjagaan kesihatan penting selain ujian penting sampel makmal terpaksa dihentikan.

Beliau berkata WHO bimbang individu yang tidak terlatih boleh menyalahgunakan spesimen berjangkit itu, seterusnya menjangkiti diri mereka sendiri dan orang lain.

-- BERNAMA