Ghina Ghaliya mengumpul telefon bimbit terpakai untuk diedarkan kepada pelajar yang tidak berkemampuan sebagai platform pengajian mereka.
"Idea ini tercetus apabila ibu saya menyerahkan barang-barang terpakai kepada pengumpul barangan terpakai berdekatan rumah saya.
“Ketika kami menyerahkan barangan tersebut, dia bertanyakan jika ada telefon bimbit terpakai, tidak kisah ia buruk tetapi asalkan ia boleh digunakan anaknya untuk belajar dari rumah,” kata Ghina memulakan cerita.
Bertitik tolak dari situ, terdetik di hati Ghina, tentu sekali ada lebih ramai pelajar yang memerlukan telefon bimbit terpakai.
Susulan itu, Ghina dan 11 wartawan lain menggerakkan kempen mengumpul telefon bimbit terpakai menerusi media sosial dan menerima sambutan mengalakkan.
Ghina dan rakan-rakannya juga menerima sumbangan wang tunai daripada penderma.
Katanya, menjelang September lalu, gerakan itu Berjaya mengumpul lebih 200 buah telefon bimbit terpaka manakala lebih Rupiah 530 juta (RM154,000) diterima mereka bagi membolehkan lebih banyak telefon dibeli selain internet prabayar untuk penerima.
Sehingga kini 297 telefon telah diedarkan kepada pelajar di sekitar Jakarta dan juga ke daerah terpencil seperti Papua, provinsi paling timur Indonesia.