BRUSSELS: Pilihan raya Parlimen Eropah akan melabuhkan tirainya pada Ahad, hari terakhir pengundian dan sehingga 360 juta orang di seluruh 27 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) membuang undi mereka selama empat hari, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pengundian berlangsung sejak Khamis, dengan Belanda memulakan proses itu. Ireland menyusul pada Jumaat, dengan rakyat Czech mengundi selama dua hari.
Sabtu adalah hari pengundian untuk Latvia, Malta dan Slovakia, serta hari pertama daripada dua hari pengundian untuk Itali dan Estonia, sementara pemilih di negara anggota selebihnya mengundi pada Ahad.
Sebanyak 720 Ahli Parlimen Eropah (MEP) akan dipilih daripada ribuan calon. Ini adalah bilangan ahli yang kurang sedikit berbanding pilihan raya sebelum ini, sebahagiannya kerana jumlah kerusi parlimen mengecil apabila United Kingdom meninggalkan EU pada 2020.
Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni, mendahului pesaing-pesaingnya menjelang hari terakhir pengundian dan berkemungkinan akan menjadi penentu bagi Presiden Suruhanjaya Eropah yang seterusnya jika Brothers of Italy (FdI) mencatatkan undian yang besar.
Jika ramalan peramal adalah tepat, parti-parti sayap kanan akan memperoleh keputusan yang lebih baik kali ini berbanding sebelumnya dan berpotensi mempengaruhi segala-galanya daripada dasar EU mengenai migrasi dan iklim.
Ramalan pertama untuk pengagihan kerusi dalam Parlimen Eropah yang baharu dijangka diumumkan pada Ahad antara pukul 8.15 malam dan 8.30 malam (1815-1830 GMT).
Keputusan awal pertama dari beberapa negara EU dijangka selepas pukul 11.00 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2024

Presiden Parlimen Eropah Roberta Metsola (kiri) melihat unjuran keputusan pengundian pertama yang menunjukkan kemungkinan komposisi Parlimen Eropah semasa proses pengundian di Parlimen Eropah di Brussels, 9 Jun 2024. (Foto AP)

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Presiden Perancis bubar Parlimen, beri laluan pilihan raya mengejut
Emanuel Macron membubarkan Parlimen selepas partinya mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya Parlimen Eropah.

Warga Eropah mengundi pada hari terakhir pemilihan
Pengundian berlangsung sejak Khamis, dengan Belanda memulakan proses itu, Ireland menyusul pada Jumaat dan rakyat Czech mengundi selama dua hari.