KATHMANDU: Seorang lelaki Nepal dan seorang wanita Norway telah mendaki kesemua 14 daripada gunung setinggi 8,000 meter dalam masa rekod 92 hari, kata kata jurucakap Guinness Book of Records kepada Agensi Berita Jerman (dpa).
Tenjen Lama Sherpa dan Kristin Harila mencapai rekod itu dua minggu lalu. Pendakian terbaharu mereka ialah K2 di Pakistan.
Dengan pendakian mereka, kedua-duanya telah mengatasi rekod sebelumnya yang dicatat pada 2019 oleh warga Nepal, Nirmal Purja yang mengambil masa dua kali lebih lama untuk mendaki, kata Persatuan Pendaki Gunung Nepal.
"Tanpa bantuan Tenjen dan sherpa lain yang membantu, misi yang luar biasa ini tidak akan berjaya," kata Harila, 37 tahun menurut kenyataan itu.
Tetapi pencapaian warga Norway itu agak kontroversi dalam kalangan peminat pendaki gunung.
Terdapat kritikan, sebagai contoh beliau mencatat rekod tersebut dengan oksigen botol dan menghampiri kem pangkalan dengan helikopter.
Wanita itu juga mendaki laluan yang sudah diketahui, seperti yang dilaporkan laman web Alpin.de.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023

Tenjen Lama Sherpa dan Kristin Harila mencapai rekod itu dua minggu lalu. Pendakian terbaharu mereka ialah K2 di Pakistan. -Reuters

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Wanita Norway, sherpa Nepal catat rekod terpantas daki 14 puncak tertinggi
Tenjen Lama Sherpa dan Kristin Harila mencapai rekod itu dua minggu lalu. Pendakian terbaharu mereka ialah K2 di Pakistan.