HANOI: Vietnam mengemukakan bantahan keras dan menuntut Taiwan membatalkan latihan menembak yang dijalankan di perairan sekitar pulau Ba Binh Vietnam.

Jurucakap Kementerian Luarnya, Le Thi Thu Hang berkata negara ini berharap Taiwan tidak akan mengulangi perbuatan itu dan melakukan perkara yang sama pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian pada Sabtu merujuk kepada latihan menembak yang dijalankan oleh Taiwan pada 28 dan 29 Jun lalu.

Hang berkata latihan itu melanggar kedaulatan wilayah Vietnam, mengancam keamanan, kestabilan, keselamatan navigasi; dan boleh mencetuskan ketegangan, lapor Agensi Berita Vietnam.

-- BERNAMA