TAHUKAH anda tidak semua orang menyenangi suasana ketika orang ramai bertepuk tangan? Dibimbangi kesan daripada itu boleh menyebabkan seseorang itu mengalami keresahan.
Untuk itu, mahasiswa institusi pengajian tinggi tersohor dunia Universiti Oxford di England sepakat memilih menggantikan tepuk tangan dengan silent wave.
Ia dalam usaha menjadikan penganjuran acara mereka lebih inklusif kepada golongan yang mengalami masalah keresahan.
Polisi baharu itu yang menggalakkan tepuk tangan senyap - atau jazz hands - telah diluluskan pegawai Kesatuan Pelajar pada Selasa lalu, mengikut jejak Universiti Manchester tahun lepas.
Jazz hands dilakukan dengan tapak tangan terbuka di hadapan sambil menggoyangkannya, seakan lambaian perpisahan yang dilakukan dengan kedua-dua belah tangan.
Pegawai Sabatikal Róisín McCallion menerangkan bahawa mereka mahu mula menggunakan British Sign Language (BSL) bagi memastikan semua acara "lebih mudah diikuti dan inklusif kepada semua, termasuk golongan yang mengalami masalah keresahan" yang mudah rasa tidak selesa apabila orang sekeliling bertepuk tangan.
Ia akan digunakan untuk semua acara kesatuan pelajar dan jika ia terbukti berjaya, ia akan mula digunakan di tempat dan acara lain pula.
Keputusan itu bagaimanapun mencetuskan kritikan banyak pihak. Beberapa pihak mendakwa pihak universiti "mendiskriminasi secara positif" terhadap golongan yang mungkin tidak dapat menangani "dunia sebenar yang luas".
"Apa pula selepas ini? Bola sepak dan kriket atau perhimpunan politik yang senyap?" kata seorang pemerhati.
"Sekitar 80 tahun lalu, pelajar Oxford mempunyai keberanian untuk berjuang demi negara, tetapi sekarang mereka takut bertepuk tangan," kata Pengerusi Parti Brexit, Richard Tice.
Bagaimanapun, terdapat beberapa pihak yang mempertahankan langkah itu.
"Mereka hanya mahu menjadi lebih inklusif dan lebih menerima," seorang ahli parlimen belia dilaporkan berkata.
Pada tahun 2015, Kesatuan Pelajar Kebangsaan di UK juga memperkenalkan BSL dalam acara anjuran mereka, dalam usaha untuk memastikan bahawa semua anggota masyarakat berasa selesa serta dapat menyumbang dan mengambil bahagian.
Agensi
Sun Oct 27 2019
![Universiti Oxford 'haramkan' tepuk tangan? Universiti Oxford 'haramkan' tepuk tangan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71572134230_clapclappinghand.jpg)
Langkah ini diambil bagi memastikan semua acara "lebih mudah diikuti dan inklusif untuk semua". -Gambar hiasan
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Universiti Oxford 'haramkan' tepuk tangan? Universiti Oxford 'haramkan' tepuk tangan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71572134230_clapclappinghand.jpg)
Universiti Oxford 'haramkan' tepuk tangan?
Polisi baharu itu yang menggalakkan tepuk tangan senyap - atau jazz hands - telah diluluskan pegawai Kesatuan Pelajar pada Selasa lalu.