BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha hari ini menyampaikan takziah beliau atas insiden kemalangan kereta api di timur India, Odisha.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, Prayuth mewakili kerajaan Thailand dan rakyatnya mengucapkan takziah kepada rakan sejawatnya di India, Narendra Modi, dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden itu.
"Kami turut berdukacita bersama rakyat India dan mengucapkan semoga cepat sembuh kepada mangsa yang tercedera," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar, Don Pramudwinai turut menyampaikan ucapan takziah kepada rakan sejawatnya di India, Dr. Subrahmanyam Jaishankar.
"Kami sedih apabila mengetahui mengenai pertembungan dua kereta api di Odisha pada Jumaat, yang mengakibatkan ramai penumpang maut dan cedera.
"Pada masa sukar ini, saya ingin menyampaikan simpati kepada Tuan/Puan dan keluarga mangsa, serta rakyat India," katanya.
Dalam kejadian tragis pada Jumaat, sekurang-kurangnya 275 orang terkorban manakala lebih 1,100 penumpang cedera.
Media melaporkan bahawa tragedi ini, disifatkan antara kemalangan kereta api paling dahsyat di India dalam tempoh beberapa dekad, disebabkan oleh kegagalan sistem isyarat elektronik hingga mengakibatkan kereta api penumpang menukar laluan dan bertembung dengan kereta api barang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023

Prayuth mewakili kerajaan Thailand dan rakyatnya mengucapkan takziah kepada rakan sejawatnya di India, Narendra Modi, dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden itu. - Gambar fail/Reuters

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Parti Pheu Thai mohon kerajaan sementara elak pindahkan pegawai peringkat tinggi
Kerajaan diingat supaya mematuhi Perlembagaan melarang meluluskan projek yang boleh mewujudkan tanggungjawab terikat kepada kerajaan baharu.

Kerajaan Thailand tidak memihak dalam konflik Myanmar - Prayuth
Kerajaan Thailand tidak memihak dalam konflik Myanmar kata Perdana Menteri Sementara Jen Prayuth Chan-o-cha.

Tragedi kereta api: PM Thailand Prayuth ucap takziah kepada India
Prayuth mewakili kerajaan Thailand dan rakyatnya mengucapkan takziah kepada rakan sejawatnya di India, Narendra Modi, dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden itu.

PM Thailand arah perketat peraturan pemilikan senjata api
PM Thailand arah perketat peraturan pemilikan senjata api

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis, penunjuk perasaan bertempur di hadapan kediaman PM Thailand
Sebuah konvoi berasingan disertai ribuan kenderaan mendesak Prayuth mengundurkan diri susulan kegagalan kerajaan menangani wabak COVID-19.

Thailand peruntuk 7.5 bilion baht kurangkan impak sekatan baharu COVID-19
Thailand memperuntukkan kira-kira 7.5 bilion baht (100 baht = RM12.96) untuk membantu mengurangkan impak daripada langkah sekatan yang dikuat kuasa di tapak pembinaan dan restoran di Bangkok dan lima

COVID-19: Tiada keperluan untuk mengenakan sekatan - PM Thailand
Pihak berkuasa kesihatan mengumumkan strategi dalam menangani penularan virus itu dengan mengenakan sekatan di wilayah-wilayah tertentu.

Protes Bangkok: Penunjuk perasaan adakan 'Mob Fest' menjelang demonstrasi mega 21 Nov
Gerakan pro-demokrasi Thailand menuntut pengunduran perdana menteri Prayuth Chan-ocha dan perubahan pada perlembagaan untuk menjadikannya lebih demokratik.

Plak pro-demokrasi Thailand hilang sehari selepas dipasang
Plak tersebut melambangkan tuntutan protes supaya pembaharuan radikal dilaksanakan terhadap sistem monarki negara itu.