WASHINGTON: Enam orang, termasuk tiga kanak-kanak ditemukan mati selepas insiden tembakan dan kebakaran di sebuah kediaman di Tennessee, Amerika Syarikat pada Jumaat, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa.
Kejadian berlaku pada 9 malam Khamis waktu tempatan di kawasan Sequatchie, lapor WTVC-TV, sebuah rangkaian stesen televisyen tempatan.
Anggota polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan di kediaman itu sebelum mendapati rumah itu turut terbakar.
Mangsa ketujuh yang terkena tembakan dimasukkan ke hospital di Chattanooga, menurut Biro Siasatan Tennessee.
Syerif Daerah Marion Bo Burnett memberitahu kesemua mayat mangsa telah dibawa ke Nashville, untuk bedah siasat.
Burnett dipetik sebagai berkata oleh sebuah lagi saluran berita tempatan, Local 3 News, bahawa Gary Barnett, dipercayai menembak mangsa lain sebelum membunuh dirinya sendiri.
Dua lagi mangsa dewasa dikenali sebagai Regina Barnett dan Britney Perez.
Regina Barnett telah mendapat perintah larangan terhadap suaminya, Gary, kira-kira sebulan yang lalu dan Perez sedang mengunjungi ibunya Regina pada saat kejadian, menurut laporan.
Satu afidavit penangkapan menunjukkan perintah perlindungan itu dikeluarkan selepas Gary Barnett ditahan pada Disember 2022 atas tuduhan serangan domestik yang melibatkan isterinya.
Laporan penangkapan juga menunjukkan bahawa Regina Barnett mendakwa Gary mengancam akan menembaknya dan anjingnya.
Kes Gary Barnett masih tertangguh dan perbicaraan di mahkamah dijadual pada 5 Julai, menurut laporan itu.
Siasatan mengenai insiden itu masih diteruskan.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Sat Jun 17 2023
Enam termasuk tiga kanak-kanak ditemukan mati dalam insiden tembakan dan kebakaran di sebuah kediaman di Tennessee pada Jumaat. -AP
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang
Angka kematian susulan insiden tembakan berhampiran masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir, Oman meningkat kepada enam termasuk seorang anggota polis.
Dua warga Pakistan antara empat maut dalam tembakan berhampiran masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat tembakan di sekitar masjid di kawasan Wadi al-Kabir di ibu negara, Muscat.
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Insiden tembakan di selatan Jerman ragut 3 nyawa
Satu insiden tembakan di bandar Lautlingen, Baden-Wuerttemberg di selatan Jerman, mengorbankan tiga orang termasuk suspek.
Tiga terbunuh, 10 cedera dalam insiden tembakan di Arkansas, AS
Tiga orang maut dan 10 lagi cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kedai runcit di Fordyce, Arkansas, Amerika Syarikat.
Dua maut, 6 dimasukkan ke hospital dalam insiden tembakan di Texas
Dua orang maut dan sekurang-kurangnya enam lagi dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius dalam insiden tembakan semasa sambutan Junteenth di Texas.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Semangat juang Sarjan Hasif kekal tempur walau cedera
Semangat juang sebagai anggota Sang Saka Biru mendorong Sarjan Mohd Hasif cuba menghentikan insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor meskipun beliau mengalami kecederaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
2 terbunuh, 2 cedera selepas tembakan di New Orleans
Dua terbunuh manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembakan di New Orleans, bandar terbesar di negeri Louisiana, Amerika Syarikat.
4 maut, 1 cedera dalam insiden tembakan di Georgia
Seramai empat orang terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah bandar Georgia berhampiran ibu negara Tbilisi pada Jumaat.