WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengulangi pendiriannya pada Selasa bahawa pentadbirannya tidak berhasrat untuk hantar tentera AS atau Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke Ukraine.
Sebaliknya, Rusia akan menerima padah menerusi tindakan daripada segi ekonomi jika bertindak menyerang bekas negara republik Soviet itu, menurut laporan Agensi Berita Xinhua.
Kenyataan Biden dibuat sehari selepas Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin mengumumkan kira-kira 8,500 tentera AS berada dalam keadaan siapsiaga untuk ditempatkan di Eropah, memandangkan "provokasi berterusan Rusia di sepanjang sempadannya dengan Ukraine."
Biden memberitahu wartawan bahawa kesiapsiagaan itu adalah di bawah "operasi NATO" dan bukan operasi AS, dan ia adalah manifestasi komitmen Washington terhadap kewajipan pertahanan kolektif Artikel VI NATO.
Biden berkata jika Putin "terus mengukuhkan" kedudukan tentera Rusia di sepanjang sempadan Ukraine atau jika "menggerakkan" tentera ke Ukraine, Amerika Syarikat akan "mengukuhkan" kehadiran tenteranya.
Ditanya sama ada beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap presiden Rusia Vladimir Putin itu jika mengarahkan pencerobohan di Ukraine, Biden berkata: "Ya, beliau akan menerima akibatnya."
Sebelum ini, setiausaha akhbar Rumah Putih Jen Psaki berkata pencerobohan Rusia ke atas Ukraine "pasti akan berlaku".
"Tetapi sekali lagi, kami tidak boleh membuat ramalan tentang keputusan Presiden Putin. Kami masih terlibat dalam perbincangan dan rundingan diplomatik," katanya semasa sesi taklimat media di Rumah Putih.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022
Biden berkata Rusia akan menerima padah menerusi tindakan daripada segi ekonomi jika bertindak menyerang bekas negara republik Soviet itu.
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Laporan Khas: Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan
Kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, saban tahun jumlah haiwan itu semakin berkurang, menimbulkan satu masalah baharu kepada dunia.
[TERKINI] Polis buru lelaki cabul kanak-kanak usia 12 tahun
Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan, iaitu anak asuhan kepada isterinya.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Konflik Rusia-Ukraine: Eropah siap siaga hadapi Perang Dunia Ketiga
Eropah sedang siap siaga untuk menghadapi peperangan lebih besar selepas Ukraine melancarkan misil jarak jauh buatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Rusia yang telah mencetuskan kemarahan Moscow.
Biden dijadual lawat Amazon, lawatan bersejarah bagi Presiden AS
Joe Biden dijadual melawat hutan hujan Amazon sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke Amerika Selatan.
Pasca AS Memilih: Biden, Trump akan bertemu di Pejabat Oval pada Rabu
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan menerima kunjungan Donald Trump, yang bakal menjadi penggantinya di Pejabat Oval.
Prabowo bertemu Joe Biden, sedia kukuhkan kerjasama
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, bertemu Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, di White House pada Selasa.
Trump, Putin berbincang ketika Biden merancang untuk melobi Trump agar terus sokong Ukraine
Donald Trump menasihati Vladimir Putin agar tidak meningkatkan peperangan di Ukraine.
Donal Trump akan bertemu Joe Biden di Pejabat Oval pada Rabu
Mesyuarat di White House merupakan tradisi dalam pentadbiran Washington - kecuali pada 2020 apabila Trump kalah dalam pilihan raya menentang Biden.
Biden seru 'peralihan kuasa yang aman dan teratur' susulan kemenangan Trump
Biden telah berbincang dengan Trump untuk meyakinkan bahawa beliau telah mengarahkan kakitangannya pastikan peralihan berjalan lancar.
Biden puji Harris 'juara untuk semua rakyat Amerika'
Kisah hidup Harris mencerminkan yang terbaik dari kisah Amerika, kata Biden memuji Naib Presidennya itu.
Biden ucap tahniah, jemput Trump ke White House bincang peralihan kuasa
Joe Biden "menyatakan komitmennya untuk memastikan peralihan kuasa yang lancar."
Tinjauan CNN: Penarafan kelulusan Biden merosot ketika pengundi luahkan ketidakpuasan
Penarafan kelulusan Presiden AS, Joe Biden yang bakal berundur menunjukkan penurunan di seluruh negara.