KUALA LUMPUR: Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thailand pada Khamis meningkatkan langkah kawalan virus dengan memanjangkan tempoh kuarantin kepada 14 hari.
Ia turut diperluaskan ke kawasan zon merah dan dikenakan buat individu yang memasuki negara itu.
Jurucakap CCSA, Taweesilp Visanuyothin memaklumkan arahan berkenaan akan berkuat kuasa bermula 1 Mei ini.
"Selari dengan arahan itu, pemakaian pelitup muka turut diwajibkan di seluruh negara," ujarnya.
BACA: COVID-19: Thailand kenakan peraturan baharu sekat peningkatan kes
Beliau menambah, serentak dengan kawalan COVID-19 yang maksimum dan ketat ini, enam daerah telah bertukar kepada zon merah gelap.
Daerah-daerah berkenaan adalah Bangkok, Chon Buri, Chiang Mai, Nonthaburi, Pathum Thani dan Samut Prakan.
Katanya lagi, pergerakan rentas wilayah dari kawasan yang disenaraikan sebagai zon merah gelap juga dilarang.
Untuk rekod, ketika ini Thailand mencatatkan peningkatan jumlah zon merah gelap, menandakan bahawa kadar COVID-19 di negara itu berada pada tahap bahaya.
BACA: Kes harian baharu COVID-19, kematian di Thailand catat rekod tertinggi
BACA: Thailand bakal kehabisan katil ICU akibat COVID-19
Dari 18 wilayah, kini 45 wilayah diklasifikasikan sebagai zon merah gelap.
Ini sekali gus menjadikan status zon jingga di negara itu berkurang dari 59 ke 26 wilayah.
26 wilayah yang diletakkan dalam senarai zon jingga adalah Krabi, Kalasin, Chai Nat, Chumphon, Trat, Nakhon Nayok, Nakhon Phanom, Nong Khai dan Bung Kan.
Selebihnya pula adalah Buri Ram, Phangnga, Phayao, Phrae, Mukdahan, Mae Hong Son, Yasothon, Loei, Sakon Nakhon, Satun, Samut Songkhram, Sing Buri, Surin, Nong Bua Lam Phu, Uttaradit, Uthai Thani dan Amnat Charoen.
Selain itu, premis hiburan dan sekolah juga akan ditutup bermula 1 Mei depan. Sementara, pusat membeli belah hanya dibenarkan beroperasi sehingga pukul 9 malam dengan jumlah pengunjung yang terhad.
Thailand pada Khamis mencatatkan penambahan 1,871 kes baharu COVID-19 dengan 188 kes kematian.
Astro Awani
Thu Apr 29 2021
Susulan peningkatan kes COVID-19 dalam negara, Thailand mengenakan langkah yang lebih ketat dengan memaksimumkan kawalan sempadan setiap wilayah, termasuk tempoh kuarantin buat individu yang memasuki negara itu. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia perlu perkukuh keselamatan ASEAN
Malaysia dijangka mengambil pendekatan lebih tegas terhadap isu keselamatan ASEAN pada tahun 2025 Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Mohamed Redza Zakaria.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
[TERKINI] Ramalan cuaca: MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di beberapa kawasan Sabah dan Sarawak.
Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak
Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas.
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
Kes COVID-19 di Thailand melepasi 600,000
Kes COVID-19 Thailand sudah mencecah 615,314 selepas 18,027 lagi kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
Korban COVID-19 di Thailand catat rekod tertinggi
Thailand mencatatkan rekod kematian tertinggi dengan 98 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam manakala 9,186 lagi kes baharu COVID-19 dilaporkan.
Thailand perketat langkah kawalan dan pencegahan COVID-19
Pergerakan rentas wilayah dari daerah zon merah gelap adalah dilarang bermula 1 Mei depan.
Kes COVID-19 terus meningkat di Thailand, vaksin tambahan 1 juta dos tiba
Thailand mencatat 789 kes baharu COVID-19 dengan satu kematian dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu setakat ini ialah 31, 658 dan 97 kematian.
COVID-19: Thailand rekod peningkatan kes harian tertinggi setelah pengesanan kes aktif
Thailand merekodkan peningkatan kes harian COVID-19 tertinggi sejak wabak itu menular di negara itu pada Januari tahun lepas.
COVID-19: Thailand catat satu lagi kematian
Seorang pekerja pusat perjudian haram di wilayah Rayong menjadi mangsa ke-61 yang maut akibat COVID-19 di negara ini.
COVID-19: Thailand cadang terima kemasukan pelancong perniagaan jangka pendek
Thailand bercadang menerima kemasukan pelancong perniagaan jangka pendek bagi merangsang kembali ekonomi negara berkenaan yang terjejas teruk kesan penularan pandemik COVID-19.
COVID-19: Thailand catat 14 kes baharu tanpa kematian
Thailand melaporkan 14 kes baharu jangkitan COVID-19 termasuk 12 warganegaranya yang kembali dari Sudan.
COVID-19: Thailand sahkan enam kes baharu
Thailand melaporkan enam kes baharu COVID-19 ketika negara itu akan memasuki fasa kedua pelonggaran sekatan, bermula 15 Mei ini.
COVID-19: Situasi bertambah baik, Thailand pertimbang longgar larangan fasa 2
Kerajaan Thailand merancang membuka semula lebih banyak perniagaan dan aktiviti dengan mengurangkan larangan fasa dua pada minggu hadapan.