BANGKOK: Kes COVID-19 Thailand sudah mencecah 615,314 selepas 18,027 lagi kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
Sementara itu, 133 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan korban 4,990 setakat ini.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) memaklumkan kes jangkitan baharu itu termasuk 2,514 melalui pengesanan kes aktif dan dua kes import - masing-masing satu kes membabitkan warga Australia dan Britain yang masuk ke negara ini di bawah inisiatif 'Phuket Sandbox'.
Menurut CCSA, korban terbaru itu melibatkan 78 lelaki dan 55 wanita termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang menghidap limfoma dan masing-masing dua warga China dan Myanmar.
Bangkok, terus mendahului senarai dengan 2,899 kes baharu dan 61 kematian.
Memandangkan peningkatan kes kematian COVID-19, Hospital Universiti Thammasat di Bangkok mula menggunakan dua kontena khas untuk menyimpan mayat, memetik Reuters.
Sejak wabak melanda bilik mayat hospital itu menguruskan lebih 10 mayat setiap hari.
Sementara itu, Thailand akan melanjutkan sekatan di Bangkok dan beberapa wilayah lain yang berisiko untuk tempoh dua minggu lagi.
Penolong jurucakap CCSA Dr Apisamai Srirangsan berkata sekatan itu termasuk perintah berkurung dari 9 malam hingga 4 pagi. Sebelum ini perintah berkurang dikenakan ke atas 13 wilayah kini ia akan diperluas kepada 29 wilayah bermula 3 hingga 18 Ogos.
Beliau berkata perhimpunan melebihi lima orang tidak dibenarkan di 29 wilayah itu.
Semua pusat beli-belah, tempat urut, salun kecantikan dan tempat sukan akan ditutup manakala pasar raya dan farmasi dibuka sehingga 8 malam, sementara restoran hanya menerima pesanan untuk bawa pulang.
"Sekatan itu akan disemak semula setiap dua minggu. Namun, kemungkinan besar ia akan dilanjutkan lagi hingga akhir bulan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Dr Apisamai berkata strategi 'gelembung dan tutup' di tapak pembinaan, kem pekerja dan kilang akan diperketatkan lagi.
Thailand melaksanakan strategi itu pada bulan lalu bagi mengekang penularan COVID-19 di tapak pembinaan dan kilang, namun, pihak berkuasa kesihatan mendapati lebih banyak kluster muncul kerana ramai pekerja menyelinap keluar.
Bernama
Sun Aug 01 2021

Menurut CCSA, korban terbaru itu melibatkan 78 lelaki dan 55 wanita termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang menghidap limfoma dan masing-masing dua warga China dan Myanmar. - Gambar/ Reuters
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.