Thailand melaporkan enam kes baharu COVID-19 ketika negara itu akan memasuki fasa kedua pelonggaran sekatan, bermula 15 Mei ini.
Mangsa terbaharu itu termasuk seorang kanak-kanak berumur enam tahun, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,015 kes, manakala tiada kematian dilaporkan.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin berkata kesemua kes itu dikesan di wilayah-wilayah selatan termasuk kes dari Phuket.
Menurutnya, dalam fasa kedua pelonggaran sekatan, antara perniagaan dan tempat yang disenaraikan dibuka semula termasuk pusat beli-belah (tidak termasuk teater, boling dan kedai amulet), restoran dan medan selera dalam bangunan serta kedai runcit dan borong.
Turut disenarai untuk memulakan perniagaan, termasuk klinik kecantikan, salun kuku, tempat sukan dan rekreasi termasuk stadium terbuka iaitu (pertandingan tertutup dan perlawanan tanpa penonton), muzium, perpustakaan awam dan rumah urut tetapi hanya bagi urut kaki.
Astro Awani
Mon May 11 2020
Thailand melaporkan enam kes baharu COVID-19 ketika negara itu akan memasuki fasa kedua pelonggaran sekatan, bermula 15 Mei ini. -Reuters
Chad umum Kabinet baharu
Senarai anggota Kabinet dibacakan menerusi televisyen nasional dan platform dalam talian kepresidenan Chad.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau
Mesir beri amaran akibat buruk yang mungkin timbul daripada tindakan tidak bertanggungjawab ini.
AWANI Ringkas: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan
Penggabungan Grab dan GoTo mencetuskan perbincangan mengenai kawalan pasaran, persaingan serta kesannya terhadap pengguna dan tenaga kerja di Malaysia.
Malaysia berpotensi jadi hub Semikonduktor global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia
Jenazah Allahyarham Roslan akan dibawa ke Masjid Tanah, Melaka untuk dikebumikan dijangka selepas solat Jumaat.
AWANI Pagi: Generasi Z manja dan lemah?
Diskusi #AWANIPagi 8.30 Khamis akan bersama Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Nurul Afreen Naquiah Haminudin, mengupas mitos dan fakta tentang generasi ini.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.
Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi
Bursa Securities tolak permohonan Scomi Energy untuk lanjutan masa bagi mengemukakan pelan regularisasi dan mengekalkan tarikh akhir 31 Jan 2025.
Thailand mansuh ujian COVID-19 ketika ketibaan bermula 1 Mei
Thailand terus melonggarkan syarat kemasukan dengan membatalkan ujian RT-PCR bagi ketibaan antarabangsa untuk individu lengkap vaksinasi mulai 1 Mei.
Thailand longgarkan lagi syarat perjalanan pelancong asing
Ia bagi mengurangkan kos dan memudahkan perjalanan meskipun kes COVID-19 terus meningkat di negara itu.
Thailand laksana lebih banyak sekatan bendung jangkitan COVID-19
Sekatan itu tidak akan menjejaskan pemegang Pas Thailand kerana mereka masih boleh masuk ke negara itu tanpa menjalani kuarantin sehingga 15 Jan.
Thailand perhebat program suntikan dos penggalak tangani varian Omicron
Thailand akan mempercepatkan program pemberian dos vaksin penggalak kepada rakyat negara itu bagi mengukuhkan kekebalan terhadap varian Omicron.
Thailand jangka hasilkan vaksin COVID-19 tempatan menjelang akhir tahun
Vaksin tempatan RNA messenger (mRNA) COVID-19 Thailand dikenali ChulaCov19 dijangka tersedia pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.
COVID-19: Thailand catat 20,571 kes baharu, 261 kematian
Thailand melaporkan 20,571 kes baharu COVID-19 dan 261 kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini 1,030, 281 serta korban seramai 9,087.
COVID-19: Thailand lanjut sekatan di Bangkok dan 28 wilayah lain
Thailand akan melanjutkan sekatan termasuk perintah berkurung malam selama tujuh jam di Bangkok dan 28 wilayah hingga akhir bulan ini, memandangkan kes COVID-19 masih tinggi.
Thailand sedia lakukan ujian klinikal vaksin COVID-19 tempatan dari tumbuhan pada September
Vaksin subunit itu dibangunkan Pusat Penyelidikan Vaksin Universiti Chulalongkorn dan Baiya Phytopharm Co Ltd (Baiya Phytopharm).
COVID-19: Varian Delta kini strain dominan di Thailand
Varian Delta kini strain COVID-19 yang paling dominan di Thailand, menyumbang lebih 90 peratus jangkitan baharu sejak minggu lalu.
Thailand percepat pemberian vaksin dalam kalangan warga emas
Terkini, sekitar 3.67 juta warga emas di seluruh Thailand telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.