BANGKOK: Thailand hari ini mengumumkan kes pertama virus African Swine Fever (ASF) yang dikesan di pusat penyembelihan di wilayah Nakhon Pathom.
Ia pengesahan rasmi pertama negara mengenai penyakit itu.
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Ternakan Sorravis Thaneto berkata satu daripada 309 sampel darah dan swab permukaan yang dikumpul dari 10 ladang dan dua pusat penyembelihan disahkan positif ASF.
"Jabatan Pembangunan Ternakan akan memaklumkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) mengenai penemuan ASF itu," katanya.
Sorravis berkata pasukan khas dihantar ke kawasan itu untuk mengesan punca penyakit itu.
Sebelum ini, Reuters melaporkan Thailand sudah bertahun-tahun menegaskan kawanan babinya tidak dijangkiti oleh ASF.
Laporan berita itu berkata pihak berkuasa mengaitkan kebanyakan kematian babi ternakan berpunca daripada penyakit virus lain, Sindrom Reproduksi dan Pernafasan Porsin (PRRS).
Bagaimanapun, pada 8 Jan, Universiti Kasetsart di Bangkok berkata makmalnya bulan lepas menemui ASF pada seekor babi peliharaan yang mati dan dibawa pemiliknya untuk ujian makmal.
Sementara itu, jurucakap kerajaan, Dr. Thanakorn Wangboonkongchana berkata kabinet hari ini meluluskan 574.11 juta baht untuk membayar pampasan kepada hampir 5,000 penternak di 56 wilayah yang ternakan babi mereka dilupuskan pada 2021 untuk mencegah penularan ASF.
Beliau berkata hampir 160,000 ekor babi dilupuskan antara Mac dan Oktober lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 11 2022

Satu daripada 309 sampel darah dan swab permukaan yang dikumpul dari 10 ladang dan dua pusat penyembelihan disahkan positif ASF. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kes baharu ASF di sebuah lagi ladang ternakan babi di Valdor
Ia menjadikan dua kes terkumpul positif ASF membabitkan dua ladang ternakan babi di negeri itu, setakat ini.

Demam Babi Afrika: Pelupusan 88 babi dijangkiti di Kerian dijangka selesai hari ini
Kerja-kerja pelupusan yang dijalankan mengikut piawaian ketat dan terkawal, kata Exco Perak.

Tiada aktiviti ternak babi berhampiran Sungai Rambai
Isu berkenaan masih dalam perhatian pihaknya dan ia menjadi antara keutamaan untuk diselesaikan.

Kerajaan N.Sembilan perketat pemantauan ladang babi cegah ASF
Tiada kes terbaharu wabak itu dikesan selepas 273 ekor babi yang dijangkiti penyakit itu dilupuskan pada 13 April lepas.

Lebih 3,000 babi komersil di Perak dijangkiti ASF - Exco
Razman berkata, penyakit ASF itu dikesan di daerah Hilir Perak dan Batang Padang.

Penyakit Demam Babi Afrika dikesan di Negeri Sembilan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) hari ini mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF), dikesan di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson.

Laksanakan 'PKP' terhadap babi, kawal wabak ASF
"Babi hidup hanya boleh bergerak di dalam negeri sahaja dan penyembelihan dilakukan dalam negeri tersebut sahaja."

Penampang jadi daerah ke-20 diisytihar kawasan wabak ASF
Penampang menjadi daerah ke-20 yang disyitiharkan kawasan penularan wabak Demam Babi Afrika (ASF) di Sabah.

DVS hapus 16,000 babi dijangkiti Demam Babi Afrika di Melaka
Virus ASF mula dikesan di Paya Mengkuang pada akhir bulan lepas.

Wabak Demam Babi Afrika dikesan di Bidor, Sungkai, Jerantut
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) hari ini mengesahkan pengesanan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) pada babi hutan di Bidor dan Sungkai, di Perak, serta Jerantut di Pahang.