SEREMBAN: Jabatan Veterinar Negeri Sembilan telah mengeluarkan notis supaya menghentikan aktiviti penternakan kepada penternak babi tidak berlesen berhampiran Sungai Rambai, Lukut di Port Dickson beberapa bulan lepas susulan kejadian penyakit Demam Babi Afrika (ASF) dan pencemaran di sungai berkenaan.
Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir berkata, malah isu berkenaan masih dalam perhatian pihaknya dan ia menjadi antara keutamaan untuk diselesaikan.
"Kita juga sudah menubuhkan satu jawatankuasa khas berhubung kes ini dan sedang merangka untuk mengambil tindakan pembersihan serta pemusnahan kandang babi berkenaan mengikut lunas undang-undang.
"Justeru tindakan lanjut akan diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri minggu depan dengan mengambil kira pelbagai sudut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan Sungai Rambai di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan menjadi satu-satunya sungai di Malaysia, menghuni tangga teratas sungai tercemar di Kelas Lima berdasarkan Standard Kualiti Air Kebangsaan bagi tempoh dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2019 dan 2020.
Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2020 juga meletakkan sembilan lagi sungai tercemar berada pada Kelas Empat antaranya lima di Johor, dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Melaka, Selangor/Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Bakri berkata, setakat ini tiada lagi laporan aktiviti penternakan babi di kawasan berkenaan terutamanya selepas kes penyakit ASF dikesan di sebuah ladang babi tidak berlesen di Kampung Baru Site A di Tanah Merah, Port Dickson pada April lepas.
"Saya sendiri telah ke lokasi melihat keadaannya dan memang tiada aktiviti penternakan ketika itu, namun kita akan memantau kawasan berkenaan daripada masa ke masa supaya kejadian sama tidak berulang," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 13 2022

Setakat ini tiada lagi laporan aktiviti penternakan babi di kawasan berkenaan terutamanya selepas kes penyakit ASF dikesan di sebuah ladang babi tidak berlesen di Kampung Baru Site A di Tanah Merah, Port Dickson pada April lepas. -Gambar hiasan
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh - Polis
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.

Tiada aktiviti ternak babi berhampiran Sungai Rambai
Isu berkenaan masih dalam perhatian pihaknya dan ia menjadi antara keutamaan untuk diselesaikan.