SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa memperketatkan pemeriksaan dan pemantauan terhadap ladang-ladang ternakan babi susulan kes wabak Demam Babi Afrika (ASF) yang melanda negeri ini baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Bakri Sawir berkata bagaimanapun tiada kes terbaharu wabak itu dikesan selepas 273 ekor babi yang dijangkiti penyakit itu dilupuskan pada 13 April lepas.
"Pada masa ini memang belum ada kes baharu, tetapi apa yang saya khuatiri, penternak dari ladang lain menyeludup keluar ternakan babi mereka terlebih dahulu, kami memang jaga bahagian 'depan' tapi 'belakang' kami tak tahu.
"Namun, kami buat pengawasan berterusan, jika ada dikesan positif daripada sampel yang diambil, kami terus lupuskan termasuk kandang berkenaan khususnya yang tidak berlesen kita akan robohkan bagi mengawal penularan wabak itu," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.
Beliau berkata terdapat hampir 20 ladang babi yang tidak berlesen di negeri ini yang mempunyai kebolehjangkitan yang tinggi untuk dijangkiti ASF sekiranya ia tidak dibendung.
Bakri berkata selain itu penguatkuasaan undang-undang termasuk Seksyen 36 Akta Binatang 1953 (Akta 647) perlu dipertingkatkan bagi mengawal penularan penyakit selain kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan serta perancang bandar dan desa.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan penternak babi untuk mengawal biosekuriti di ladang mereka dengan ketat selain terus melaporkan kepada pihak berkuasa dengan segera sekiranya mengesyaki ternakan mereka dijangkiti sebarang penyakit.
"Dari sudut undang-undang kalau ternakan ada virus ke penyakit termasuk babi, lembu atau kambing, enakmen kita sudah cukup kuat, mereka kena cepat lapor kalau tidak ia jadi kesalahan dan kami boleh denda," katanya.
Pada 9 April lepas, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan dilapor mengesan penyakit ASF di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson hasil pengesahan sampel ke atas dua ekor daripada 273 babi di ladang itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022

Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa memperketatkan pemeriksaan dan pemantauan terhadap ladang-ladang ternakan babi susulan kes wabak Demam Babi Afrika (ASF) yang melanda negeri ini baru-baru ini. -Gambar hiasan/Pixabay
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Apartmen wakaf Negeri Sembilan di Gaza bakal beri manfaat bermakna - MAPIM
Usaha kerajaan negeri melancarkan tabung Apartmen Wakaf Negeri Sembilan iaitu sebahagian daripada projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza bakal memberi manfaat bermakna kepada penduduk Gaza dan menjadi c

Perhilitan terima laporan kehadiran buaya di Pantai Purnama
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menerima laporan kehadiran seekor buaya di Pantai Purnama.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Wabak kusta: KKM minta jangan terpengaruh dengan sumber tidak tepat
KKM meminta agar masyarakat tidak bimbang dan terpengaruh dengan sebarang spekulasi atau sumber tidak tepat berhubung wabak kusta di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Ramadan: Penjawat awam wanita Negeri Sembilan dibenar pulang jam 2 petang setiap Jumaat
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan penjawat awam wanita yang bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat, Ramadan ini.

Pekerja, peniaga warga asing dilarang berniaga di bazar Ramadan di N.Sembilan
PBT akan menyita dan menyenarai hitam peniaga tempatan yang didapati menyewakan tapak bazar mereka kepada warga asing, termasuk mereka yang mengambil pekerja asing.

Sherry teruja sertai 'Mantai Bersama' di Assalamualaikum RaRa 2025
Menurut Sherry, program ini menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.

Teringat suasana kampung bila sertai Assalamualaikum RaRa 2025 - Zizan Razak
Selebriti popular, Zizan Razak, berkongsi rasa terujanya menyertai program ini yang mampu menyatukan masyarakat untuk berkongsi kegembiraan.

Hampir 2,000 meriahkan Assalamualaikum RaRa 2025 di Negeri Sembilan
Program Assalamualaikum RaRa 2025 bertemakan 'Meriah Lain Macam' menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat untuk mengimarahkan masjid.