BANGKOK: Pihak berkuasa Kesihatan Awam Thailand memberi amaran peningkatan kes COVID-19 selepas mengklasifikasikan kluster Omicron pertama negara itu di wilayah timur laut Kalasin sebagai "super-spreader event".
Terkini, Thailand melaporkan 740 kes varian Omicron di 33 wilayah di negara itu termasuk lebih 200 kes daripada kluster Kalasin.
Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan Dr Supakit Sirilak berkata kes Omicron melibatkan 489 kes import dan 251 jangkitan tempatan.
"Sehingga kini, kami menjalankan 8,000 ujian COVID-19 dan mengesan 740 kes Omicron," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sementara itu, setiausaha tetap kementerian kesihatan awam Dr Kiatiphum Wongrajit berkata dalam situasi paling buruk, dengan langkah pencegahan seperti ujian dan vaksinasi yang sedikit, kes COVID-19 harian dalam negara boleh mencecah 30,000 kes dan lebih 170 kematian.
Bagaimanapun, menurutnya kes COVID-19 boleh mencecah 10,000 dengan kematian harian yang lebih sedikit jika orang ramai mematuhi langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata kakitangan kerajaan akan mula bekerja dari rumah selepas Tahun Baharu dalam usaha membendung wabak itu.
Beliau turut menggesa sektor swasta untuk mengikuti langkah itu.
Dalam tempoh 24 jam terakhir, Thailand mencatatkan 2,575 kes baharu COVID-19 dan 17 kematian, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan negara itu kepada 2,217,287 dan 21,647 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021
Thailand melaporkan 740 kes varian Omicron di 33 wilayah di negara itu termasuk lebih 200 kes daripada kluster Kalasin. - Foto AP
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Sukan SEA: Makaf kemuka rayuan kepada Thailand
Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) akan mengemukakan rayuan kepada tuan rumah Thailand, untuk menyenaraikan semula karate untuk dipertandingkan di Sukan SEA 2025.
Sukan SEA 2025: Malaysia kemuka rayuan selepas pengecualian karate, wusyu
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengemukakan rayuan kepada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk memasukkan beberapa sukan berpotensi pingat bagi Malaysia dalam Sukan SEA 2025 di Thailand.
Thailand serah surat rasmi sertai BRICS
Nikorndej berkata surat rasmi hasrat untuk menyertai kumpulan itu semasa mesyuarat menteri BRICS telah dikemukakan lebih seminggu lepas.
Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China
Sambutan pesta durian pada Sabtu di selatan Thailand mempromosikan durian Thailand dan membantu lebih banyak buah memasuki pasaran China.
ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand-Malaysia pulang sempena Aidiladha
Ia berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Saya akan bangkit semula' - Jojo
Jaguh Muay Thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo berikrar untuk bangkit semula selepas mengalami kekalahan pertamanya dalam ONE Championship di Bangkok.
Pihak berkuasa Indonesia dan Thailand bekerjasama buru 'raja dadah' Fredy Pratama
Polis Republik Indonesia mendedahkan bahawa rakan sejawat mereka dari Thailand kini sedang melancarkan operasi besar-besaran untuk menangkap raja dadah Indonesia, Fredy Pratama.
Thailand sasar RM386 bilion hasil pelancongan tahun ini
Thailand menyasarkan untuk menjana hasil pelancongan sebanyak 3 trilion Baht pada 2024, berikutan pencapaian tahun lepas sebanyak 1.2 trilion Baht.
Thailand umumkan langkah baharu tarik pekerja mahir
PM komited meningkatkan daya saing Thailand melalui langkah-langkah baharu yang bertujuan memudah cara pemprosesan pelbagai jenis visa.