BANGKOK: Thailand membatalkan prasyarat COVID-19 yang mewajibkan pelancong asing mempamerkan bukti vaksinasi COVID-19 berkuat kuasa serta-merta.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata pelancong yang tidak menerima vaksinasi dan tidak lengkap dua dos vaksin juga akan dibenarkan masuk ke negara itu.
"Pengembara antarabangsa yang tiba di Thailand tidak perlu menunjukkan bukti vaksinasi.
"Memandangkan ramai pelancong telah menerima vaksin, keperluan untuk mempamerkan bukti vaksinasi akan menyusahkan. Oleh itu, panel kesihatan bersetuju bahawa bukti vaksinasi tidak lagi perlu," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Beliau berkata bahawa pelancong antarabangsa tidak perlu menjalani ujian pra-berlepas COVID-19.
Pada Sabtu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan mulai Isnin, semua pengembara antarabangsa perlu membuktikan bahawa mereka telah lengkap divaksinasi atau mengemukakan surat yang mengesahkan mereka telah pulih daripada COVID dalam tempoh enam bulan manakala pengembara yang tidak divaksin mesti mengemukakan sijil perubatan.
Anutin menghadiri majlis mengalu-alukan penerbangan pertama pelancong China sejak wabak COVID-19 melanda di lapangan terbang Suvarnabhumi hari ini.
Turut hadir Menteri Pengangkutan Saksayam Chidchob dan Menteri Pelancongan dan Sukan Phiphat Ratchakitprakarn.
Thailand dijangka mengalu-alukan 3,465 penumpang China yang tiba dari China dan Hong Kong, kumpulan pertama pelancong China sejak wabak itu melanda dunia.
Mulai Ahad, China melonggarkan pelbagai sekatan COVID yang ketat termasuk langkah kuarantin.
Sementara itu, Anutin berkata Thailand menyemak semula unjuran ketibaan pelancong 2023.
"Thailand menjangkakan tujuh hingga 10 juta pengunjung China ke negara itu tahun ini berbanding lima juta sebelum ini.
"Ini adalah petanda baik untuk sektor pelancongan Thailand. Ia akan membantu ke arah usaha pemulihan ekonomi Thailand," katanya.
Thailand mengunjurkan ketibaan sekurang-kurangnya 25 juta pelancong dan menjana pendapatan pelancongan sebanyak 2.38 trilion baht (RM$284 bilion) tahun ini - termasuk lima juta pelancong China - pasaran pelancongan keluar terbesar dunia pada 2019.
Bagi 2022, Thailand mengalu-alukan lebih 11.5 juta pelancong.
Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) memaklumkan negara itu menawarkan tempoh penginapan yang lebih lama untuk pelancong.
Dalam satu kenyataan, pihaknya memaklumkan tempoh penginapan dilanjutkan kepada 45 hari (dari 30 hari) bagi pelancong dari negara atau wilayah yang layak mendapat pengecualian visa, dan kepada 30 hari (dari 15 hari) bagi mereka yang mendapat Visa Sewaktu Ketibaan (VOA) berkuat kuasa sehingga 31 Mac tahun ini.
"Thailand menyasarkan untuk mematuhi peraturan dari negara-negara ini dan memerlukan insurans COVID-19 untuk pelawat dari negara-negara tertentu, sekiranya mereka disahkan positif semasa berada di Thailand. Antara negara terbabit ialah China dan India," katanya.
Pada masa ini, beliau berkata terdapat 15 penerbangan seminggu dari China berbanding 400 penerbangan sebelum wabak melanda.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand berkata 338 penerbangan dari China dijangka mendarat di lapangan terbang Suvarnabhumi, termasuk 98 pada Januari, 144 pada Februari dan 96 pada Mac.
Selain itu, kekerapan penerbangan di wilayah lain termasuk Phuket dan Chiang Mai akan meningkat secara beransur-ansur dari Januari hingga Mac tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023
Thailand membatalkan prasyarat COVID-19 yang mewajibkan pelancong asing mempamerkan bukti vaksinasi COVID-19 berkuat kuasa serta-merta. - Gambar fail/BERNAMA
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Iran angkat sekatan ke atas WhatsApp, Google Play
Langkah ini merupakan antara usaha pertama untuk mengurangkan sekatan internet di negara tersebut.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Disember 2024
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
Framing sustainable business as a gift for the future
Reflecting on 2024, businesses can turn key learnings into actionable steps to make sustainability a central part of their plans for the year ahead. Hoe can businesses can integrate sustainability into daily operations, making it a consistent driver of growth and positive change. Together with Associate Consultant at Tata Consultancy Services, Wan Dazriq explores on forward-thinking strategies for a sustainable and innovative 2025.
Lelaki maut selepas tikam bekas kekasih
Suspek yang cuba melarikan diri dari pihak berkuasa, bertindak terjun pada ketinggian 10 meter dan disahkan meninggal dunia.
Angka kematian akibat Taufan Chido meningkat kepada 39 orang
Pihak berkuasa Perancis menjangkakan ribuan lagi mungkin telah terkorban akibat taufan itu yang melanda Mayotte.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [25 Disember 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
1. PM mahu usaha tanam bibit pertentangan kaum dielakkan
2. Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan deraseksual kanak-kanak ditahan
3. Nahas Ayer Keroh, ambil kira aspek keselamatan di jalan raya
1. PM mahu usaha tanam bibit pertentangan kaum dielakkan
2. Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan deraseksual kanak-kanak ditahan
3. Nahas Ayer Keroh, ambil kira aspek keselamatan di jalan raya
Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
Thailand menghormati keputusan pihak berkuasa Malaysia menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Thailand 2024: Peralihan politik, cabaran ekonomi dan diplomasi serantau
Tahun 2024 menyaksikan Thailand mengharungi era peralihan politik, cabaran ekonomi serta fokus baharu terhadap diplomasi serantau.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ketua sindiket rakyat Malaysia, isteri ditahan kes gubah wang haram 5 bilion baht
Polis Thailand membanteras sindiket penipuan utama yang melakukan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht susulan penahanan ketua kumpulan rakyat Malaysia dan isterinya.
Thailand jadi negara ke-51 sertai Perjanjian Artemis
Thailand secara rasmi menjadi negara ke-51 yang menandatangani Perjanjian Artemis.
Thaksin Shinawatra dilantik penasihat peribadi kepada Pengerusi ASEAN – PM Anwar
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilantik sebagai penasihat peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengetuai ASEAN sebagai pengerusi baharu tahun depan.
Malaysia-Thailand komited capai keamanan penuh, bangunkan ekonomi Selatan Thai – PM
Malaysia dan Thailand menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha dialog keamanan bagi menyelesaikan isu berbangkit di wilayah Selatan Thailand.
Skuad B-13 JDT terlepas tiket final Festival Bolasepak Antarabangsa JSE
Skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) B-13 akan turun merebut penentuan tempat ketiga Festival Bolasepak Antarabangsa JSE, Thailand, hari ini.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.