KIEV: Peluru berpandu membedil Bandaraya Kiev pada Jumaat dengan ratusan keluarga berada dalam ketakutan di tempat perlindungan, ketika tentera Rusia semakin mara dan bersiap sedia menyerang bagi menggulingkan kerajaan Ukraine.
Siren udara dapat didengar di ibu negara Ukraine itu yang berkepadatan tiga juta penduduk, dengan orang ramai memilih berlindung di stesen metro bawah tanah, sehari selepas Presiden Rusia Vladimir Putin melancarkan pencerobohan.
Pegawai kerajaan Ukraine mendakwa sebuah pesawat Rusia telah ditembak jatuh dan merempuh sebuah bangunan di Kiev semalam, menyebabkan kebakaran dan mencederakan lapan orang.
SEMUA MENGENAI KONFLIK RUSIA-UKRAINE DI SINI
Krisis Rusia-Ukraine: Apa punca sebenar dan perkembangan terkini
Tentera Rusia juga dikatakan akan memasuki kawasan di luar ibu negara lewat hari Jumaat dengan tentera Ukraine cuba mempertahankan kedudukan walaupun jumlah mereka jauh lebih sedikit.
Majlis Bandaraya Kiev memberi amaran kepada penduduk daerah Obolon di bandar raya itu, supaya terus berada di rumah kerana 'pendekatan musuh yang ganas'.
Ratusan penduduk bersesak di tempat perlindungan yang sempit di bawah sebuah bangunan selepas amaran serangan udara di televisyen.
“Kami tidak tahu berapa lama kami perlu tinggal di sini. Bagaimana mereka boleh menyerang orang tidak bersalah?,” kata Viktoria, 35, yang membawa anak-anaknya yang berumur 5 dan 7 tahun tidur.
Sumber Amerika Syarikat percaya matlamat awal Rusia adalah untuk menjatuhkan Presiden Volodymyr Zelenskyy dan melumpuhkan kerajaannya.
Zelenskiy berkata beliau sedar menjadi sasaran utama Rusia tetapi menegaskan akan terus kekal berada di Kiev.
Reuters
Fri Feb 25 2022
Pegawai kerajaan Ukraine mendakwa sebuah pesawat Rusia telah ditembak jatuh dan merempuh sebuah bangunan di Kyiv semalam. - AP Photo/Oleksandr Ratushniak
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.
Senarai negara rakan kongsi BRICS dipersetujui - Putin
Rusia akan menghantar jemputan kepada negara-negara yang berpotensi menjadi rakan kongsi persatuan itu, dengan senarai negara itu telah dipersetujui.
Platinum kekal logam paling banyak diimport dari Rusia ke AS
Amerika Syarikat (AS) mengimport aluminium dari Rusia pada September buat kali pertama sejak 2023, menurut analisis data kastam AS oleh RIA Novosti pada Rabu.
KPT semak kesahihan pelajar Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine
KPT akan mendapatkan maklumat lengkap berhubung dakwaan seorang pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di luar negara terlibat sebagai tentera upahan di Ukraine.
Pentagon sahkan tentera Korea Utara di Kursk, Rusia
Maklumat awal mencadangkan Rusia mungkin meletakkan tentera Korea Utara dalam peranan infantri menentang tentera Ukraine.
Korea Utara hantar 10,000 tentera untuk berlatih di Rusia - Pentagon
Pentagon mendakwa, jumlah tersebut lebih tiga kali ganda daripada anggaran sebelumnya ketika NATO beri amaran mengenai bahaya perang Ukraine - Rusia yang berpotensi meluas.
Sekurang-kurangnya 4 maut dalam nahas helikopter di Rusia
Helikopter Mi-2 terhempas berhampiran kampung Beleyenki, kira-kira 700 kilometer di timur laut Moscow.
Rusia sedia main peranan akhiri konflik Asia Barat
Menurut Vladimir Putin, tidak ada pihak yang mahu melihat konflik itu terus merebak tanpa penghujung.
Kerajaan rancang perkenal semula penerbangan terus ke Rusia - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan (MoT) sedang merancang dengan syarikat penerbangan dari Rusia untuk memperkenal semula penerbangan terus dari Malaysia ke Rusia.
Rusia punyai potensi besar untuk kerjasama dengan IPT Malaysia
Kunjungan delegasi Malaysia ke Rusia membuka lembaran baharu kepada pendidikan tinggi negara untuk melebarkan sayap ke negara itu.