GAZA: Pihak berkuasa kesihatan Palestin di Gaza memaklumkan serangan Israel terhadap sebuah bangunan kediaman di Nuseirat menyebabkan sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin terbunuh.

Kejadian dilaporkan berlaku menjelang lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken untuk mengadakan rundingan gencatan senjata.

Dalam pada itu, usaha diplomatik menghentikan konflik Israel-Hamas bagi memastikan perjanjian membebaskan tahanan tebusan di Gaza semakin meningkat

Proses mediasi AS, Mesir dan Qatar dijadualkan akan diteruskan minggu ini di Kaherah, selepas pertemuan selama dua hari di Doha minggu lalu.