VIRAL di media sosial rakaman gambar seorang kanak-kanak lelaki yang memakai baju ala-ala jersi bintang bolasepak Argentina, Lionel Messi yang diperbuat daripada beg plastik.
Memetik laporan NDTV, kanak-kanak itu dikenali sebagai Murtaza Ahmadi dan berasal dari wilayah Ghazni, Afghanistan.
Dia dikatakan seorang peminat setia Messi.
Murtaza yang berusia lima tahun itu digambarkan memakai baju berjalur biru dan putih yang diperbuat daripada beg plastik dengan nama serta nombor Messi tertera di belakang 'jersi' berkenaan.
Menurut BCC Trending pula, bapa saudara Murtaza, Azam Ahmadi, yang menetap di Australia mendakwa kanak-kanak itu merupakan anak saudaranya yang tinggal di kawasan luar bandar di daerah Jaghori di wilayah Ghazni.
Azim turut menghubungi bapa kanak-kanak berkenaan, Arif, yang kemudiannya mengesahkan bahawa Murtaza adalah kanak-kanak yang sedang dicari oleh netizen di media sosial.
Reka jersi kerana tidak mampu untuk membeli
Menurut Arif, mereka tidak mampu untuk membeli sehelai jersi pasukan Argentina bagi Murtaza, maka dia bertindak untuk membuat sendiri jersi tersebut dengan menggunakan beg plastik.
“Murtaza benar-benar meminati Messi dan bola sepak.
“Saya hanya seorang petani. Tidak mungkin saya dapat membeli jersi Argentina bagi Murtaza, saya tidak mampu.
“Oleh itu, dia membuat keputusan untuk mereka jersi sendiri dengan menggunakan beg plastik," kata Arif seperti yang dipetik NDTV.
Tambah Arif, Murtaza memberitahu dia berharap agar dapat berjumpa idolanya itu suatu hari nanti.
Malah, dia juga berhasrat untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang terkenal seperti lagenda Barcelona itu.
Kohilah Sekaran
Wed Jan 27 2016

Seorang kanak-kanak Afghanistan yang berusia lima tahun memakai jersi Lionel Messi yang diperbuat daripada beg plastik kerana tidak mampu untuk membelinya. - Gambar Twitter

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Rakyat beberapa negara mula dikeluarkan dari Afghanistan
Britain antara negara terawal memindahkan warganya dan operasi dijalankan dengan bantuan Brigade Tentera Udaranya.

Tak mampu beli, kanak-kanak Afghan pakai 'jersi Messi' beg plastik
Seorang kanak-kanak Afghanistan yang berusia lima tahun memakai jersi Lionel Messi yang diperbuat daripada beg plastik kerana tidak mampu untuk membelinya.

Tanah runtuh: 500 orang maut ketika sembahyang Jumaat
Seramai 500 orang maut dalam kejadian tanah runtuh yang telah menenggelamkan sebuah kampung, lapor pegawai rasmi di Afghanistan.
12 maut dalam serangan berani mati di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 12 terbunuh dalam serangan berani mati dimana 10 daripada mangsa disahkan anggota polis Afghanistan.