RIYADH: Syria dan Arab Saudi dalam satu kenyataan bersama bersetuju untuk menyambung semula perkhidmatan konsular dan penerbangan pada Rabu, selepas hubungan dua hala terhenti sejak bertahun-tahun.
Pengumuman itu dibuat ketika Menteri Luar Syria Faisal Mekdad mengakhiri lawatan pertamanya ke Arab Saudi pada Rabu, sejak perang saudara Syria meletus pada 2011.
Kenyataan itu turut menekankan bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan keselamatan dan usaha memerangi keganasan, menurut Kementerian Luar Syria.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak membincangkan langkah-langkah yang perlu untuk penyelesaian politik yang komprehensif terhadap krisis di Syria, mencapai perdamaian nasional, dan menyumbang kepada usaha ke arah kembalinya Syria ke Liga Arab.
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menyelesaikan isu kemanusiaan dan menawarkan bantuan kepada Syria, lapor Xinhua, memetik Agensi Akhbar Saudi.
Kedua-dua pihak menekankan kepentingan kepulangan pelarian Syria dan individu yang dipindahkan, serta mengambil langkah yang diperlukan untuk menstabilkan keadaan di negara itu.
Lawatan Mekdad ke Arab Saudi atas jemputan Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan Al Saud.
Dalam pada itu, Tunisia dan Syria pada Rabu memutuskan untuk membuka semula kedutaan masing-masing bagi menyambung semula hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menyelesaikan isu kemanusiaan dan menawarkan bantuan kepada Syria.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
Syria, Arab Saudi setuju pulihkan perkhidmatan konsular, penerbangan udara
Pengumuman itu dibuat ketika Menteri Luar Syria Faisal Mekdad mengakhiri lawatan pertamanya ke Arab Saudi pada Rabu.