WASHINGTON: Syarikat penerbangan utama Amerika Syarikat (AS) memberi amaran berhubung rancangan oleh AT&T dan Verizon Communications untuk menggunakan spektrum bagi perkhidmatan tanpa wayar 5G.
Kata mereka, ia boleh meningkatkan gangguan perjalanan udara dan menyebabkan penumpang udara menanggung kos kelewatan sebanyak AS$1.6 bilion setiap tahun.
"Kira-kira 345,000 penerbangan penumpang, 32 juta penumpang, dan 5,400 penerbangan kargo akan terjejas. Ia terjejas dalam bentuk penerbangan tertunda, lencongan, atau pembatalan," kata kumpulan perdagangan Airlines for America (A4A).
Syarikat telekomunikasi wayarles ditetapkan untuk mula menggunakan spektrum berkenaan dalam tempoh tiga minggu lagi.
Minggu lepas, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengeluarkan arahan kelayakan udara baharu amaran gangguan daripada spektrum tanpa wayar 5G boleh mengakibatkan lencongan penerbangan.
Industri penerbangan dan FAA telah menimbulkan kebimbangan yang ketara tentang kemungkinan gangguan 5G dengan elektronik pesawat yang sensitif seperti altimeter radio.
Pada November, AT&T dan Verizon bersetuju untuk menangguhkan pelancaran komersial perkhidmatan tanpa wayar C-Band sehingga 5 Januari selepas FAA membangkitkan kebimbangan itu.
Mereka juga mengambil langkah berjaga-jaga selama enam bulan untuk mengehadkan gangguan.
Kumpulan industri penerbangan berkata ia tidak mencukupi untuk menangani kebimbangan keselamatan udara.
A4A berkata arahan FAA akan "mengganggu operasi syarikat penerbangan" dan menambah pengendali kargo menganggarkan arahan itu "akan mengakibatkan kos AS$400 juta setiap tahun."
Syarikat telekomunikasi wayarles tidak menunjukkan minat untuk penangguhan selanjutnya dan industri itu telah membayar lebih AS$80 bilion bagi pelaksanaannya.
Astro Awani
Thu Dec 16 2021

Syarikat penerbangan utama AS beri amaran berhubung rancangan penggunaan spektrum perkhidmatan wayarles 5G yang didakwa boleh mengganggu sistem elektronik pesawat. -Gambar fail/Unsplash

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan sekiranya lewat lebih 5 jam
Syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa perlu menyediakan bayaran balik kepada penumpang dalam kaedah pembayaran asal.

Syarikat penerbangan dan destinasi baharu pacu kesalinghubungan lapangan terbang pada 2024 - MAHB
Lapangan terbang serantau dapat manfaat daripada trafik udara yang meningkat dengan penerbangan terus baharu ke destinasi seluruh Asia dan luar Asia.

Tindakan Frontier berkelakuan kasar terhadap Khabib makan diri
Khabib dikatakan diarah mengubah tempat duduk hanya kerana rungutan seorang wanita yang tidak senang dengan kehadirannya secara berdekatan.

Persatuan Penerbangan Jerman jangka kos penerbangan meningkat
Kos kawalan trafik udara yang meningkat turut memaksa syarikat penerbangan memindahkan beban kewangan ini kepada pelanggan.

AS$1.7 bilion dana syarikat penerbangan disekat di beberapa negara - IATA
Beberapa kerajaan bertindak menyekat penghantaran pulang dana syarikat penerbangan yang berjumlah AS$1.7 bilion setakat akhir Oktober 2024.

Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada Oktober 2024 - IATA
IATA berkata jumlah kapasiti yang berdasarkan tempat duduk disediakan bagi setiap kilometer, menokok 6.1 peratus tahun ke tahun.

Suruhanjaya Eropah luluskan perjanjian Lufthansa dengan ITA milik Itali
Dengan pakej penyelesaian yang dicadangkan oleh syarikat penerbangan Jerman itu, syarat-syarat untuk perjanjian berkenaan telah dipenuhi.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

MOT lanjut kemudahan RAS sehingga Disember 2025 - Loke
Kemudahan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak yang dijangka tamat pada hujung tahun ini telah dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Kekurangan penerbangan ke dan dari Labuan disebabkan 'faktor muatan' - Hasbi
Walaupun MoT berkuasa luluskan penerbangan baharu atau tambahan atas permintaan, keputusan akhir terletak pada syarikat penerbangan komersial.