Ringkasan AI
- Israel meluluskan undang-undang untuk menghalang operasi UNRWA di kawasan pelarian Palestin, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel dijadikan alasan untuk mencadangkan pelucutan keanggotaan Israel dalam PBB.
- Artikel 6 Piagam PBB menyatakan bahawa negara anggota yang melanggar prinsip-prinsip PBB boleh dilucutkan keanggotaan oleh Perhimpunan Agung PBB dengan cadangan daripada Majlis Keselamatan PBB.
Pengerusi Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Dr Jufitri Joha berkata tindakan tersebut adalah wajar berikutan pelanggaran berterusan Israel terhadap undang-undang antarabangsa.
"Terbaharu, Israel cuba untuk meluluskan satu undang-undang untuk menghalang UNRWA daripada beroperasi di kawasan-kawasan pelarian Palestin.
“Secara jelas kita nyatakan daripada perspektif badan bukan kerajaan (NGO) sebagai satu pencabulan berterusan oleh Israel.
“Kita sebenarnya boleh usulkan supaya Israel yang telah melanggar pelbagai resolusi antarabangsa untuk dikeluarkan daripada keahlian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Susulan pengharaman UNRWA, Israel wajar dilucutkan keanggotaan PBB - GPM
Tambah Jufitri, pelucutan keanggotaan Israel dalam PBB ini boleh dilakukan berdasarkan Artikel 6 Piagam PBB yang menyatakan negara anggota yang secara berterusan melanggar prinsip-prinsip PBB boleh dilucutkan keanggotaan oleh Perhimpunan Agung PBB (UNGA), dengan cadangan daripada Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pada Isnin, Israel meluluskan RUU mengharamkan operasi UNRWA di Baitulmaqdis Timur yang diduduki serta menarik balik keistimewaan dan kekebalan agensi itu.
Undian itu menyaksikan 92 daripada 120 anggota Knesset menyokong larangan itu, manakala 10 menentang.
Dalam pada itu, satu RUU berasingan yang diluluskan dengan 87 undi menyokong dan sembilan menentang, mewajibkan Israel untuk memutuskan semua hubungan dengan UNRWA, menghalang sebarang kerjasama atau keistimewaan yang sebelum ini diberikan kepada agensi itu.
Undang-undang berkenaan akan berkuat kuasa dalam tempoh 90 hari, menurut Agensi Anadolu.
Dialog Tiga Penjuru: Pengharaman UNRWA, zionis putuskan ‘talian hayat’ Gaza