SEJENIS snek yang dipopularkan menerusi aplikasi TikTok telah menyebabkan ramai kanak-kanak di Indonesia mengalami keracunan makanan dan kerosakan organ dalaman, mendorong pihak berkuasa kesihatan negara itu memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambilnya.
Digelar 'dragon's breath' kerana kepulan asap yang dikeluarkan apabila dimakan, makanan yang dipanggil chiki ngebul atau chikibulis oleh penduduk tempatan itu terdiri daripada pelbagai jenis gula-gula atau bijirin berwarna-warni yang disalut dengan nitrogen cecair dan topping coklat.
“Nitrogen cecair (boleh mencapai suhu) -190°C. Jadi jika terkena kulit, ia boleh menyebabkan radang atau melecur. Ia juga boleh menyebabkan masalah pernafasan dan penghadaman jika terhidu dan ditelan (dalam jumlah yang banyak)," kata Dr Anas Ma’ruf, pengarah kesihatan alam sekitar Kementerian Kesihatan Indonesia
Kementeriannya telah mengarahkan pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk meningkatkan pemantauan dan menggesa ibu bapa dan guru supaya berwaspada.
Kedai makanan penjaja jalanan tidak digalakkan menjual makanan ringan itu, lapor beberapa saluran berita tempatan.
Di Jawa Barat, sekurang-kurangnya 28 orang kanak-kanak berumur empat hingga 13 tahun mengalami keracunan makanan atau kerosakan organ dalaman selepas memakan chiki ngebul sejak November 2022, lapor media Coconuts Jakarta.
Dalam responsnya, Timbalan Gabenor Jawa Barat mengumumkan larangan ke atas chiki ngebul pada Khamis lalu (12 Jan), lapor Kompas.
'Dragon's breath' mendapat perhatian selepas beberapa muat naik di TikTok, dengan beberapa video tular yang menunjukkan asap keluar dari hidung dan mulut kanak-kanak yang memakannya.
Hashtag #dragonsbreath di TikTok telah mengumpulkan sejumlah 205 juta tontonan.
Agensi
Mon Jan 23 2023
![Snek tular 'dragon's breath' sebabkan keracunan, Indonesia keluarkan amaran Snek tular 'dragon's breath' sebabkan keracunan, Indonesia keluarkan amaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674452316_TBChikiNgeboll.jpg)
Snek itu digelar "dragon's breath" kerana kepulan asap yang dikeluarkan apabila dimakan. - TikTok/maysa_fp
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
Penubuhan National Health Fund bertujuan kumpul sumber pembiayaan dirancang -KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penubuhan dana kesihatan negara dengan izin National Health Fund yang diuruskan secara telus, efisien dan berintegriti sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang.
Keperluan memperkukuh infrastuktur sumber peralihan tenaga - Pakar
Peningkatan kapasiti grid dan teknologi storan tenaga menjadi fokus utama Malaysia dalam menghadapi cabaran kestabilan tenaga dan mewujudkan landskap tenaga yang lebih berkesan. Artikel ini mengulas strategi dan inisiatif kerajaan dalam membangunkan infrastruktur yang kritis untuk menyokong pertumbuhan sumber tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan bergantung kepada sumber tradisional seperti arang.
Malaysia komited capai Matlamat Pembangunan Lestari PBB – NGA
Malaysia komited untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs) serta mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.
![WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran' WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721190179_tbWhatsApp.jpg)
WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'
Anda boleh melabelkan beberapa rakan-rakan atau ahli keluarga di bawah label berkenaan, dan seterusnya berhubung dengan mereka dengan lebih pantas berbanding yang lain.
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![Snek tular 'dragon's breath' sebabkan keracunan, Indonesia keluarkan amaran Snek tular 'dragon's breath' sebabkan keracunan, Indonesia keluarkan amaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674452316_TBChikiNgeboll.jpg)
Snek tular 'dragon's breath' sebabkan keracunan, Indonesia keluarkan amaran
Snek itu terdiri daripada pelbagai jenis gula-gula atau bijirin berwarna-warni yang disalut dengan nitrogen cecair dan topping coklat.
![Miniatur biskut gula aising, keropok roda gamit kenangan zaman kanak-kanak Miniatur biskut gula aising, keropok roda gamit kenangan zaman kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628313743_TBJOYEETAN.jpg)
Miniatur biskut gula aising, keropok roda gamit kenangan zaman kanak-kanak
Memori membeli snek atau 'jajan' secara timbang yang disusun di dalam tin besar di kedai runcit atau pasar malam pastinya menggamit kenangan.
![Nadi Niaga: Pengusaha ambil kesempatan trend snek makanan sihat Nadi Niaga: Pengusaha ambil kesempatan trend snek makanan sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51435054824_KRUNCHYKARAMEL.jpg)
Nadi Niaga: Pengusaha ambil kesempatan trend snek makanan sihat
Bermula dengan modal 200 ringgit, siapa sangka, Akmal Jamil, anak kelahiran Alor Setar mampu membawa produk berasaskan makanan sihat ke satu tahap yang mampu menembusi pasaran luar negara.