WASHINGTON: Pelayan e-mel Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dikatakan telah mengalami serangan siber, menurut The Spamhaus Project, lapor Sputnik.
"Carta berikut menunjukkan trafik e-mel yang berasal daripada pelayan mel FBI (http://mx-east-ic.fbi.gov | 153.31.119.142) terlibat. Anda boleh melihat dengan jelas dua lonjakan yang disebabkan oleh amaran palsu (serangan siber) malam tadi," tulis Spamhaus Project di Twitter.
Spamhaus Project ialah sebuah organisasi antarabangsa untuk menjejaki e-mel spam dan aktiviti berkaitan spam.
Menurut Spamhaus, e-mel mengandungi amaran palsu daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) dihantar ke alamat yang "scraped" daripada pangkalan data American Registry for Internet Numbers (ARIN).
Dalam satu lagi ciapan, Spamhaus berkata bahawa laporan lain mengatakan serangan penggodaman pada Sabtu itu tidak terhad kepada satu pangkalan data.
Spamhaus Project memaklumkan kepada BleepingComputer bahawa e-mel palsu mencapai sekurang-kurangnya 100,000 penerima dan bilangan peti e-mel yang terjejas mungkin lebih besar.
Sementara itu, FBI berkata dalam satu kenyataan pada hari Sabtu memaklumkan bahawa pihaknya menyedari kejadian melibatkan e-mel palsu daripada akaun e-mel @ic.fbi.gov.
Tiada butiran lanjut diberikan, tetapi menurut FBI perkakasan yang terjejas telah ditarik balik dengan segera sebaik menyedari masalah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 14 2021

Menurut FBI, perkakasan yang terjejas telah ditarik balik dengan segera sebaik menyedari masalah itu. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

SOSMA: Dua pelayan katering dibenar ikat jamin RM45,000
Mereka dibenarkan ikat jamin atas sebab pengecualian, iaitu seorang mempunyai masalah kesihatan dan seorang lagi ialah wanita.

Restoran mamak guna robot layan pelanggan, tangani isu kekurangan pekerja
Penggunaan teknologi robotik telah mengambil alih tugas pelayan di beberapa restoran mamak susulan isu kekurangan pekerja.

Sistem pelayan e-mel FBI diserang penggodam
Menurut FBI, perkakasan yang terjejas telah ditarik balik dengan segera sebaik menyedari masalah itu.

Juruterbang buka kopitiam, guna khidmat robot sebagai penghantar makanan
Robot Pudubot ganti manusia sebagai penghantar makanan di Ah Kor Kopitiam, Jalan Tan Cheng Lock, Tengkera, Melaka.

Lapar, pelanggan naik berang, tembak pelayan restoran di Paris
Polis Paris sedang memburu pelanggan tersebut yang dilapor melepaskan satu das tembakan yang mengena bahu pelayan berumur 28 tahun.

'Tawarkan dia jadi artis... sekarang!' - Video pekerja restoran menyanyi sambil bertugas tular
Satu video membabitkan seorang pelayan bernama Erika Kayne di sebuah restoran tular di media sosial sehingga mendapat perhatian warga netizen.

'Jutawan' menyamar gelandangan kena halau pekerja restoran
"Tempat ini agak mahal untuk anda. Sila pergi ke M********," kata pelayan restoran itu merujuk kepada sebuah restoran makanan segera.

Pelayan karaoke didakwa miliki bom tangan
Tam Boon Wei, 40, didakwa memiliki bahan letupan di kawasan tanah tepi longkang Blok B, De Tropicana Kondominium, Jalan Kuchai Maju 13, Brickfields di sini pada 11 pagi, 13 Jan lepas.