Angkatan Tentera Israel (IDF) memaklumkan siren amaran diaktifkan sekitar jam 3:47 pagi waktu tempatan selepas satu rakaman menunjukkan sebuah peluru berpandu melintasi ruang udara termasuk beberapa percubaan pemintasan gagal sebelum satu bunyi letupan kuat kedengaran.
Dalam pada itu, Tentera Udara Israel (IAF) turut mengesahkan tidak dapat memintas peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman.
Pemberontak Houthi Yaman yang disokong Iran berulang kali melancarkan serangan peluru berpandu terhadap Israel sejak perang di Gaza bermula lebih setahun lalu namun kebanyakannya dipintas.
Sebagai balasan, Israel menyerang pelbagai sasaran di Yaman termasuk pelabuhan dan kemudahan tenaga di kawasan yang dikawal oleh Houthi.
Menurut media Israel, peluru itu jatuh di bandar Bnei Brak dekat timur Tel Aviv dan perkhidmatan perubatan kecemasan Israel melaporkan 14 individu cedera.