Singapura akan menimbang cadangan mengenai semakan waktu kemasukan percuma bagi kenderaan dari Malaysia memasuki republik itu.
Ketika berucap di Parlimen pada Selasa, Menteri Pengangkutan Singapura Lui Tuck Yew berkata "Saya ambil perhatian cadangan anggota parlimen bagi menyemak semula waktu percuma bagi Permit Masuk Kenderaan (VEP).
"Kami akan mempertimbangkan ini dan juga faktor mengenai kemungkinan Malaysia melaksanakan cadangan mengenakan bayaran ke atas kenderaan bukan didaftarkan di Malaysia memasuki Malaysia, katanya dalam jawapan lisan.
Anggota Parlimen, Dr Lee Bee Wah meminta menteri itu memberi penjelasan sama ada kementerian akan mempertimbangkan untuk mengkaji semula waktu kemasukan percuma bagi kenderaan Malaysia ke Singapura pada hari bekerja kepada selepas 7 malam dan bukan 5 petang seperti sekarang.
Ini supaya sejajar dengan skim semasa bagi kenderaan tempatan yang di bawah Skim Kereta Tidak Sibuk dibenarkan berada di jalan raya hanya selepas 7 malam dan kebanyakan gantri Harga Jalan Elektronik tidak mengenakan bayaran ke atas kenderaan selepas 8 malam.
Menurut Lui, yuran VEP bertujuan untuk mengurangkan perbezaan kos antara memiliki dan menggunakan kenderaan berdaftar di negara asing dan kenderaan berdaftar Singapura di Singapura.
"Rangka kerja ini, bagaimanapun, memperuntukkan waktu dan hari percuma untuk VEP seperti hujung minggu ketika lalu lintas di jalan kita kurang sesak supaya tidak terlampau tidak menggalakkan rakyat asing daripada melawat Singapura," katanya.
Beliau berkata, pada masa ini, kira-kira satu dalam sepuluh kereta pendaftaran asing yang memasuki Singapura perlu menjelaskan bayaran VEP.
Lui berkata purata jumlah kenderaan asing yang memasuki Singapura pada hari biasa dan hujung minggu masing-masing ialah 10,900 dan 12,100 dalam tempoh enam bulan bermula April hingga September 2014.
Angka-angka yang sama tahun lepas masing-masing ialah 11,900 dan 13,600.
Bernama
Wed Nov 05 2014

Purata jumlah kenderaan asing yang memasuki Singapura pada hari biasa dan hujung minggu masing-masing ialah 10,900 dan 12,100 dalam tempoh enam bulan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Petisyen namakan lapangan terbang kepada nama LKY diserah kepada kerajaan
Satu petisyen untuk menamakan semula Lapangan Terbang Changi Singapura kepada "Lapangan Terbang Antarabangsa Lee Kuan Yew" telah dibuat.

Bas asing perlu permit PSV ASEAN untuk masuk Singapura
Semua bas yang didaftarkan di negara asing perlu mempunyai permit Kenderaan Perkhidmatan Awam ASEAN yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura untuk masuk ke republik itu.

Singapura timbang semak waktu masuk percuma kenderaan Malaysia ke Singapura
Singapura akan menimbang cadangan mengenai semakan waktu kemasukan percuma bagi kenderaan dari Malaysia memasuki republik itu.

Singapura pertingkat keselamatan penerbangan berikutan tragedi MH17
CAAS kini mempertimbang langkah-langkah untuk mempertingkat perkongsian maklumat keselamatan dan sekuriti dalam kalangan pihak berkuasa dan syarikat penerbangan kebangsaan.