SINGAPURA: Polis Singapura unit pasukan khas Anti Penipuan (SPF) membekukan lebih 16,700 akaun bank yang disyaki terlibat dalam kes penipuan tahun lepas, kata Menteri Dalam Negeri K Shanmugam.
Dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan yang diajukan di Parlimen, Shanmugam yang juga Menteri Undang-undang berkata SPF hanya membekukan akaun bank terbabit sekiranya disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah.
Beliau berkata SPF tidak menjejaki sama ada akaun bank berkenaan milik warga Singapura atau warga asing, jumlah akaun bank yang dibekukan dan disyaki terlibat dalam jenayah selain penipuan, mahupun jumlah individu yang akaun banknya dibekukan dan dihalang daripada membuka akaun bank lain.
Persoalan yang dikemukakan antara lain termasuk, berapa ramai akaun bank rakyat Singapura yang dibekukan atas alasan penguatkuasaan undang-undang pada tahun lepas; dan apakah penyelesaian perbankan yang tersedia untuk individu terbabit.
Jawapan bertulis itu disiarkan menerusi laman sesawang Kementerian Dalam Negeri.
Shanmugam berkata pihak bank mungkin menawarkan akaun baharu kepada individu yang akaun banknya dibekukan tetapi dengan akses terhad kepada kemudahan tertentu atau tertakluk kepada langkah pemantauan tambahan.
"Akaun terhad sebegini masih memenuhi keperluan asas perbankan individu, termasuk menerima gaji dan sokongan Kerajaan," katanya.
Beliau berkata bank mungkin menolak untuk menawarkan akaun baharu kepada individu yang dianggap berisiko tinggi seperti mereka yang melakukan jenayah pembiayaan keganasan.
Individu dengan akaun bank dibekukan boleh membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengeluarkan wang sara hidup atau perbelanjaan yang sah, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023

Shanmugam berkata SPF hanya membekukan akaun bank terbabit sekiranya disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah. - Gambar fail/Facebook/K Shanmugam Sc

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.

Singapura beku lebih 16,700 akaun bank disyaki terlibat penipuan pada 2022
Polis Singapura unit pasukan khas Anti Penipuan (SPF) membekukan lebih 16,700 akaun bank yang disyaki terlibat dalam kes penipuan tahun lepas, kata Menteri Dalam Negeri K Shanmugam.