Sebuah zoo di China telah menjadi bahan jenaka orang ramai apabila seekor anjing ‘ditukarkan’ menjadi seekor singa.

Anjing yang sepatutnya dipamerkan sebagai seekor singa Afrika itu menyalak tiba-tiba, menyebabkan ‘lakonannya’ tidak menjadi.

Sejak kejadian itu, zoo itu mendapat kritikan hebat pengunjung dan telahpun diarah ditutup.

Menurut laporan The Beijing Times, Zoo itu turut mempamerkan papan tanda yang salah di kandang-kandang yang lain.

Susulan itu, Zoo yang terletak di wilayah Henan itu telah memohon maaf.

Tibetan Mastiff ialah sejenis baka anjing yang besar dan berbulu lebat.