KUCHING: Pemilik anjing di Sarawak perlu mendapatkan lesen haiwan pemeliharaan itu daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau berdepan dengan hukuman denda, kata Menteri Muda Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang Ming Tee.
Menurutnya, pemilik anjing yang ingkar memohon lesen berkenaan boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 seperti diperuntukkan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan dan Kawalan Anjing 2018.
Di samping itu, katanya, ia adalah digalakkan pemilik mendapatkan pelesenan dan pemasangan cip mikro sebagai sebahagian daripada program pemvaksinan anjing secara besar-besaran.
"Setakat ini, sebanyak 24,241 anjing berlesen didaftarkan di seluruh Sarawak dengan 2,104 anjing berlesen dipasang cip mikro.
"Sebaik sahaja kami bebas daripada penyakit rabies dan sekiranya anjing anda hilang atau diambil oleh pihak majlis, kakitangan yang diberi kuasa akan dapat mengimbas anjing itu untuk mendapatkan nombor cip mikro supaya maklumat pemilik diambil dari pusat data untuk membolehkan mengenal pasti anjing dan pemiliknya," katanya, dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, Tiang berkata penyakit rabies masih berleluasa di Sarawak dan oleh itu semua anjing perlu diberi vaksin.
Beliau berkata semua anjing mesti diberi vaksin setahun sekali, termasuk anak anjing yang berusia lebih empat bulan.
"Hanya dengan mencapai liputan 70 peratus daripada jumlah populasi anjing di Sarawak yang diberi vaksin, kita boleh berharap untuk memutuskan rantaian virus Rabies dan membendung penyakit itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023
![Pemilik anjing di Sarawak perlu dapatkan lesen Pemilik anjing di Sarawak perlu dapatkan lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599634810_doganjingrabies.jpg)
Pemilik anjing yang ingkar memohon lesen berkenaan boleh dikenakan denda maksimum RM5,000. = Gambar hiasan
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
![Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737581394_TBStephenRundi.jpg)
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
![Mekanik ditahan kes video tular pukul anjing peliharaan guna tukul besi Mekanik ditahan kes video tular pukul anjing peliharaan guna tukul besi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737381834_mekanikpukulanjin.jpg)
Mekanik ditahan kes video tular pukul anjing peliharaan guna tukul besi
Seorang mekanik ditahan kerana disyaki memukul seekor anjing peliharaannya menggunakan tukul besi di sebuah taman perumahan di Taman Ria, di sini.
![Putin nafi sengaja takutkan Merkel dengan anjingnya Koni Putin nafi sengaja takutkan Merkel dengan anjingnya Koni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732839044_tbPutindogKoni.jpg)
Putin nafi sengaja takutkan Merkel dengan anjingnya Koni
Anjing itu berjalan menghampiri Merkel, yang kelihatan jelas tidak selesa ketika duduk di sebelah Putin.
![13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies 13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731147189_anjing.jpg)
13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.
![Anjing diseret di belakang kereta: Polis terima laporan Anjing diseret di belakang kereta: Polis terima laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727599615_anjingdiikat.jpg)
Anjing diseret di belakang kereta: Polis terima laporan
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung seorang lelaki memandu kereta dengan mengikat seekor anjing di belakang kenderaan itu sebelum diseret dalam kejadian di Taman Sentosa pada Jumaat.
![Zoo di China buat hal lagi, warnakan anjing menyerupai panda Zoo di China buat hal lagi, warnakan anjing menyerupai panda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726804574_panda.jpg)
Zoo di China buat hal lagi, warnakan anjing menyerupai panda
Pengunjung zoo kebingungan selepas haiwan itu mula mempamerkan ciri seekor anjing, termasuk menyalak.
![Patah tangan dan kaki angkara anjing Patah tangan dan kaki angkara anjing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724291704_anjing.jpg)
Patah tangan dan kaki angkara anjing
Kejadian kira-kira jam 7.55 malam itu berlaku ketika Mohd Ridzuan Zainudin dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja.
![Nenek meninggal dunia, terjatuh motosikal dikejar anjing Nenek meninggal dunia, terjatuh motosikal dikejar anjing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722989123_Nenekmeninggalduni.jpg)
Nenek meninggal dunia, terjatuh motosikal dikejar anjing
Mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.
![Dera haiwan: Masyarakat semakin prihatin, aduan meningkat Dera haiwan: Masyarakat semakin prihatin, aduan meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722240629_tbDerahaiwan.jpg)
Dera haiwan: Masyarakat semakin prihatin, aduan meningkat
Masyarakat kini semakin prihatin mengenai kes penderaan terhadap haiwan yang menyaksikan aduan berhubung kes itu meningkat.
![Anjing bertuan serang, kejar murid ketika berjalan ke sekolah Anjing bertuan serang, kejar murid ketika berjalan ke sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706660002_AnjingKejar.jpg)
Anjing bertuan serang, kejar murid ketika berjalan ke sekolah
Hasil siasatan awal mendapati anjing terbabit telah dipindahkan oleh pemilik ke pusat perlindungan haiwan di Butterworth.