CAPE TOWN: Kesatuan BRICS terdiri daripada lima ekonomi sedang pesat membangun bertemu di Afrika Selatan mulai Selasa pada sidang kemuncak yang dijangka memberi tumpuan kepada pengembangan kumpulan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kesatuan itu merangkumi Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan. Ia kini menyasarkan untuk menjadi "BRICS plus" dan menerima ramai ahli baharu.
Negara anggota masih perlu bersetuju dengan kriteria kemasukan. Ia juga masih tidak jelas bila negara tambahan akan dimasukkan. Mesyuarat berlangsung sehingga Khamis.
Presiden China Xi Jinping, Luiz Inacio Lula da Silva dari Brazil, Cyril Ramaphosa dari Afrika Selatan dan Perdana Menteri India Narendra Modi dijangka menghadiri sidang kemuncak itu.
Presiden Rusia Vladimir Putin pula diwakili oleh Menteri Luar Sergei Lavrov.
Bagaimanapun Putin dijadual akan mengambil bahagian dalam sidang kemuncak itu melalui pautan video.
Jika Putin hadir ke Afrika Selatan, beliau berdepan risiko ditahan atas tuduhan jenayah perang semasa pencerobohan Rusia ke atas Ukraine di bawah waran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague.
Matlamat untuk mengembangkan kumpulan itu adalah "mencari alternatif" terhadap keseimbangan kuasa global semasa, menurut Menteri Luar Negeri Afrika Selatan, Naledi Pandor.
Negara-negara BRICS berkata mereka menyumbang 42 peratus daripada jumlah penduduk dunia, 30 peratus daripada keluasan tanah global dan 24 peratus daripada keluaran ekonomi global.
Lebih 30 negara lain telah mengesahkan penyertaan mereka dalam mesyuarat tiga hari itu. Selain itu, 67 ahli politik dari Afrika turut dijemput selain 20 wakil dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Afrika, dan komuniti ekonomi rantau di Afrika dan lain-lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Kesatuan itu merangkumi Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan. Ia kini menyasarkan untuk menjadi "BRICS plus" dan menerima ramai ahli baharu. -Reuters
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
Tekanan di tempat kerja
Tekanan di tempat kerja
MAPIM seru sokongan rentas politik pulih, lonjak ekonomi
MAPIM menggesa semua pihak tanpa mengira ideologi politik supaya menyokong usaha Kerajaan MADANI memulih dan mengukuhkan ekonomi negara dalam situasi nilai ringgit yang kian mengukuh.
Putin puji pencapaian BRICS dalam memupuk kerjasama keselamatan
Penubuhan daftar elektronik khas untuk berkongsi data mengenai serangan siber dan insiden disifatkan sebagai salah satu pencapaian utama.
Penyertaan dalam BRICS pelbagaikan diplomasi ekonomi Malaysia - NCCIM
Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS akan membolehkan negara mempelbagaikan diplomasi ekonominya dan mengukuhkan kerjasama melalui inisiatif bersama.
Anwar anggap BRICS mekanisme penting kurangkan kebergantungan terhadap dolar
BRICS merupakan mekanisme penting untuk mengurangkan kebergantungan negara-negara terhadap mata wang dolar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
[KOLUMNIS] Dari Rusia dengan cinta
FROM RUSSIA WITH LOVE - suatu judul filem yang telah berdekad lama dan sinonim dengan jenama suatu sosok watak fiksyen yang dikenali ramai.
Malaysia sedia kongsi kepakaran dengan negara Global South dalam BRICS - PM Anwar
Menyertai organisasi antara kerajaan BRICS bukan sahaja membolehkan Malaysia mendapat manfaat daripada kumpulan negara Global South tetapi turut memberi ruang kepada negara untuk berkongsi kepakaran.
EEF: Undangan peribadi Putin ke sidang kemuncak BRICS bukti Malaysia diberi keutamaan – PM Anwar
Anwar berkata ia merupakan satu penghormatan memandangkan Malaysia masih lagi di peringkat permohonan untuk memasuki gabungan tersebut.
BRICS: PM Anwar ingin beri isyarat, Malaysia tidak tunduk kepada tekanan geopolitik
Hasrat Malaysia sertai BRICS perlu dilihat sebagai mempelbagaikan pilihan, buka potensi perdagangan yang lebih besar dengan Globat South'
EEF: PM Anwar bakal bertemu Putin, ulangi hasrat sertai BRICS
Pertemuan PM Anwar dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Vladivostok akan dimanfaatkan untuk suarakan keinginan Malaysia sertai BRICS.