GUANGZHOU: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Janet Yellen memulakan lawatan ke China yang dijangka berlangsung selama beberapa hari, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pesawat yang membawa Yellen mendarat di pusat industri selatan China, Guangzhou pada tengah hari Khamis, lapor stesen televisyen Kerajaan China.
Yellen berkata beliau mahu bertemu dengan wakil daripada syarikat AS dan Kerajaan China.
"Semasa berada di China, saya akan menumpukan kepada hubungan ekonomi yang sihat dan menyediakan persaingan adil untuk firma dan pekerja Amerika," katanya dalam hantaran di laman X (Twitter) sebelum ketibaannya.
Satu pertemuan dengan Perdana Menteri Li Qiang dijadualkan pada Ahad di Beijing. Jabatan diterajui Yellen bertanggungjawab untuk dasar kewangan dan ekonomi.
Lawatan beliau adalah susulan daripada perbualan telefon hampir dua jam antara Presiden AS Joe Biden dan Ketua Negara dan Kerajaan China, Xi Jinping yang digambarkan oleh Washington sebagai "terbuka dan membina."
Pemimpin kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu juga membincangkan persaingan ekonomi antara mereka. Biden dikatakan telah menyuarakan kebimbangannya mengenai dasar perdagangan China yang didakwa tidak adil dan pentadbirannya akan terus mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan teknologi terkini daripada digunakan untuk menjejaskan keselamatan AS.
Xi pula dalam panggilan telefon itu mendakwa langkah diambil AS telah mengekang pembangunan China dalam perdagangan dan teknologi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024

Yellen (kiri) berjabat tangan dengan Duta Besar AS ke China Nicolas Burns, selepas tiba di Lapangan Terbang Baiyun Guangzhou di wilayah Guangdong di selatan China, 4 Apr 2024. (Foto AP)

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.

Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.