NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk pengeboman Israel ke atas kem pemindahan Rafah.

Antonio Guterres berkata serangan itu membunuh ramai orang awam yang berlindung daripada konflik maut ini.

Dalam catatan di platform X, Guterres berkata, tiada tempat yang selamat di Gaza dan insiden ngeri ini mesti dihentikan segera.


Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Belgium dalam satu catatan di platform X menggesa untuk gencatan senjata diadakan sekarang.


Komen itu dilakukan ke atas satu perkongsian oleh Kesatuan Eropah (EU) berkenaan mesyuarat akan datang dengan Israel bagi membincangkan sama ada Israel memenuhi kewajipannya untuk menghormati hak asasi manusia seperti yang dinyatakan dalam perjanjian perdagangan antara kedua-dua pihak.

Sekurang-kurangnya 40 orang awam maut dan ramai lagi cedera kebanyakannya wanita dan kanak-kanak akibat pengeboman Israel ke atas khemah-khemah perlindungan mereka yang hilang tempat tinggal di barat laut bandar Rafah, selatan Gaza.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengesahkan mereka yang berada di dalam khemah ketika pengeboman telah terbakar mereka hidup-hidup.