Ringkasan AI
- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menggesa Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, untuk segera mengeluarkan pasukan pengaman PBB (UNIFIL) dari selatan Lubnan selepas ramai daripada mereka cedera dalam serangan Israel.
- Sekurang-kurangnya lima pasukan pengaman PBB telah cedera dalam beberapa hari kebelakangan ini ketika tentera Israel bertempur dengan Hezbollah di selatan Lubnan.
- Netanyahu menyatakan bahawa tentera Israel telah beberapa kali meminta UNIFIL untuk berundur, tetapi permintaan tersebut ditolak berulang kali, menjadikan mereka 'perisai manusia' kepada Hezbollah dan membahayakan nyawa mereka serta askar Israel.
"Encik Setiausaha Agung, keluarkan pasukan UNIFIL dari kawasan bahaya. Ia perlu dilakukan sekarang, segera," kata Netanyahu dalam satu kenyataan video yang dikeluarkan oleh pejabatnya.
Sekurang-kurangnya lima pasukan pengaman PBB telah cedera dalam beberapa hari kebelakangan ini ketika tentera Israel bertempur dengan Hezbollah di selatan Lebanon.
Gesaan Netanyahu ini disuarakan sehari selepas pasukan PBB di Lubnan enggan berundur dari kawasan sempadan walaupun lima anggotanya cedera akibat tembakan Israel.
Bercakap dalam mesyuarat kabinet, Netanyahu berkata tentera Israel telah beberapa kali meminta UNIFIL untuk berundur, tetapi ditolak berulang kali, sekali gus memberi 'perisai manusia' kepada Hezbollah.
"Penolakan anda untuk mengeluarkan askar UNIFIL menjadikan mereka tebusan kepada Hezbollah. Ini membahayakan mereka dan nyawa askar kami.
"Kami kesal dengan kecederaan yang dialami askar UNIFIL, dan kami melakukan segala yang termampu untuk mengelakkannya.
"Tetapi cara yang mudah dan jelas untuk memastikannya adalah dengan mengeluarkan mereka dari zon bahaya," kata Netanyahu lagi.