ISTANBUL: Sesi Luar Biasa Persidangan Menteri-Menteri Penerangan Islam (ICIM) akan menjadi platform terkini Malaysia bagi mengulangi pendiriannya terhadap keperluan segera untuk gencatan senjata, selain daripada meningkatkan dan mempercepatkan bantuan kemanusia kepada penduduk di Gaza.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata Malaysia tetap dengan prinsipnya untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi dan mengekalkan solidariti dengan warga Palestin dan perjuangan mereka untuk merdeka daripada pendudukan Israel.
"Malaysia tidak akan berhenti berjuang untuk hak rakyat Palestin berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa dan perjuangan mereka untuk merdeka daripada pendudukan Israel.
Politik perampasan perlu dihentikan, tiada tindakan tidak seimbang dalam mengendalikan konflik dan sebuah rejim apartheid tidak seharusnya ada," katanya kepada Bernama di sini.
Mohamad Fauzi akan mengetuai delegasi Malaysia mewakili Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di persidangan sehari yang akan berlangsung di sini esok.
Bertemakan "The Israeli Government's Disinformation and Hostilities against Journalists during the Israeli Occupation of Palestine", persidangan anjuran Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyasarkan untuk membincangkan usaha bersama dalam menghadapi maklumat palsu dan permusuhan daripada pihak berkuasa Israel terhadap wartawan dan saluran media di wilayah Palestin yang diduduki mereka.
Turkiye menjadi tuan rumah kepada persidangan itu dengan kapasitinya sebagai Pengerusi Sesi Semasa ICIM dan dijangka menteri penerangan dan menteri bertanggungjawab untuk komunikasi dalam negara anggota OIC akan menyertai persidangan itu.
Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha akan menyampaikan ucapannya pada persidangan itu untuk memaklumkan dan mengemas kini peserta mengenai jenayah berterusan pendudukan Israel terhadap wartawan dan profesional dalam pelbagai saluran media, akhbar dan institusi media.
Israel mengebom Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 membunuh lebih 29,000 orang dan mengakibatkan kemusnahan berskala besar dan kekurangan bekalan barangan keperluan yang mencetuskan krisis kemanuasiaan di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024
Mohamad Fauzi berkata Malaysia tetap dengan prinsipnya untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi dan mengekalkan solidariti dengan warga Palestin dan perjuangan mereka untuk merdeka daripada pendudukan Israel. - Gambar fail/AP
Jangkaan pasangan bernikah berkurangan
Dianggarkan lebih 300 pasangan dari Malaysia, khususnya Kelantan melangsungkan pernikahan mereka di selatan Thailand, melalui Islam Narathiwat tahun lepas.
Rompak warga emas: Dua warga Indonesia dipenjara lima tahun, satu sebatan
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Nikah luar negara, Imam mengaku tidak bersalah
Seorang imam masjid, Mohd Isa Abdul Karim, 53 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah keseluruhan RM26,300.
Mahkamah Narathiwat jamin keputusan prosiding dipercepatkan
Hakim Mahkamah Narathiwat Yuan Khao Kham beri jaminan prosiding enam rakyat Malaysia yang dihadapkan dengan pertuduhan dadah dan imigresen di Thailand akan dijalankan secara pantas.
MARii lantik Aminar Rashid pengerusi baharu lembaga pengarah
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia(MARii) mengumumkan pelantikan Datuk Dr Aminar Rashid sebagai pengerusi ahli lembaga pengarahnya yang baharu.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).
MOT terus bekerjasama dengan SPRM banteras isu integriti
MOT akan terus bekerjasama dengan SPRM bagi membanteras isu integriti melibatkan kenderaan yang tidak mematuhi standard yang diluluskan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
#AWANInews
#AWANInews
MOT sedang menilai syarikat lain untuk lesen pemeriksaan kenderaan
Kementerian Pengangkutan sedang menilai permohonan syarikat lain untuk diberikan lesen untuk melaksanakan fungsi pemeriksaan berkala kenderaan bermotor secara bertauliah. #AWANInews
MAVCOM jangka trafik penumpang udara kembali kepada waktu pra-COVID
Trafik penumpang udara Malaysia dijangka akan mencapai di antara 105.8 juta hingga 112.9 juta tahun ini dan pergerakan penumpang akan kembali kepada waktu sebelum penularan COVID-19.
#AWANInews
#AWANInews
Gencatan senjata Gaza hampir dimeterai
Hamas memberitahu, kumpulan itu masih menunggu Israel menyerahkan peta yang menunjukkan bagaimana tenteranya akan berundur dari Gaza.
Mesir sedia jadi tuan rumah persidangan antarabangsa untuk pembinaan semua Gaza
Mesir menyatakan kesediaannya untuk menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa bagi pembinaan semula Semenanjung Gaza.
Gencatan senjata: Masih awal untuk bergembira - Jurucakap Qatar
Katanya, perbincangan yang dijalankan memperlihatkan perkembangan positif namun masih terlalu awal untuk bergembira.
Biden gesa gencatan senjata disegerakan - White House
Desakan itu dinyatakan dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Utusan Asia Barat Trump bertemu Netanyahu
Steve Witkoff bertemu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Sabtu untuk mengusahakan gencatan senjata di Gaza.
Qatar sahkan rundingan gencatan senjata masih berlangsung
Rundingan antara pejuang Hamas dan Israel untuk mencapai perjanjian gencatan senjata masih diteruskan.
UAE, Israel bincang krisis kemanusiaan di Gaza
Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah Zayed, bertemu dengan rakan sejawatannya dari Israel, Gideon Saar bagi membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria
Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria.
Pemimpin Israel diekori, didesak bebaskan tebusan
Kejadian itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari rumahnya ke sebuah rumah ibadat.