ISTANBUL: Sesi Luar Biasa Persidangan Menteri-menteri Penerangan Islam (ICIM) bermula Sabtu untuk membincangkan usaha bersama menentang maklumat palsu dan ancaman daripada pihak berkuasa Israel terhadap wartawan dan agensi media di wilayah Palestin yang diduduki.
Sesi dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Presiden Direktorat Komunikasi Turki Fahrettin Altun, diikuti oleh kenyataan daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penerangan Palestin Nabil Abu Rdeneh.
Delegasi Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
Sesi berkenaan kemudian diikuti oleh kenyataan yang disampaikan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha, yang meminta lebih banyak ruang diberikan kepada wartawan dan agensi media untuk membuat liputan semua perkembangan yang berkaitan dengan isu Palestin.
Terdahulu, Sesi Luar Biasa ICIM bermula pada 9 pagi (waktu tempatan) dengan mesyuarat tertutup Pegawai Kanan Persediaan kepada Sesi Luar Biasa ICIM bagi negara anggota OIC.
Sementara itu, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menerusi mesej video yang dipaparkan pada persidangan itu, memberikan penghargaan kepada semua wartawan yang berani bersuara bagi golongan tertindas di Palestin dan mendoakan semoga Allah SWT memberi rahmat kepada mereka yang telah meninggal dunia.
Beliau berkata Israel telah menggunakan pengaruhnya dalam saluran media global dan pada masa sama, menyegerakan aktiviti penyebaran maklumat palsu dan menggunakan segala kaedah yang ada untuk menyembunyikan jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan termasuk penyelewengan fakta dan propaganda.
"Dengan pandangan ini, satu daripada tanggungjawab kita sebagai negara Islam ialah memastikan bahawa pembohongan ini tidak mengatasi kebenaran. Satu daripada tanggungjawab penting kita ialah mendokumentasikan dan menghebahkan kekejaman yang dilakukan terhadap saudara kita di Gaza, serta memerangi usaha pemalsuan maklumat oleh Israel," katanya.
Sejumlah 199 peserta dari 42 negara menghadiri persidangan sehari yang dianjurkan OIC, dan Turki menjadi tuan rumah persidangan itu dalam kapasiti sebagai Pengerusi sesi ICIM pada masa ini.
Israel telah menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, membunuh lebih 29,000 orang dan mengakibatkan kemusnahan berskala besar dan kekurangan bekalan barangan keperluan yang mencetuskan krisis kemanusiaan di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha (kiri) bersama Presiden Direktorat Komunikasi Turki Fahrettin Altun. - Foto BERNAMA
MY-UAE CEPA turut beri tumpuan kepada pembangunan ekonomi Islam
Kejayaan memeterai FTA pertama Malaysia dengan sebuah negara anggota GCC itu akan membuka ruang untuk perjanjian yang sama dengan negara anggota GCC yang lain dan GCC sendiri.
Integrasi AI dan Blok Rantai dalam Perkhidmatan Kerajaan Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk segera mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai dalam sistem perkhidmatan kerajaan. Ketahui bagaimana teknologi ini dapat membanteras ketirisan kewangan dan sektor-sektor yang menjadi tumpuan pelaksanaan.
PM Anwar perkukuh hubungan dengan UK, tarik pelabur asing
Lawatan kerja Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom antara usaha untuk mengukuhkan hubungan perdagangan antara antara kedua-dua negara, termasuk meneroka potensi ekonomi baharu.
Forum Pelancongan ASEAN 2025 buka tirai hari ini
Forum ini akan dihadiri Menteri-Menteri pelancongan negara ASEAN, pegawai kerajaan, pemimpin korporat dan wakil media daripada 10 negara anggota ASEAN.
AWANI Pagi: Eksport Bakat Lokal Tembusi Global
Ikuti diskusi bersama Hamidi Halim, Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Abroad EduWorld dan Subramaniam Sathasivam, Ketua Pegawai Eksekutif Crew Skills International mengenai usaha untuk meneroka peluang kalangan bakat kulinari tempatan bagi menempatkan diri mereka di persada global dengan mengikuti pendidikan ditawarkan dalam negara.
EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
The Blues menguasai keseluruhan permainan, namun sering kali dipatahkan oleh pasukan pelawat atas kekebalan pertahanan dan penjaga golnya.
Gencatan senjata Gaza hampir dimeterai
Hamas memberitahu, kumpulan itu masih menunggu Israel menyerahkan peta yang menunjukkan bagaimana tenteranya akan berundur dari Gaza.
Penarik kenderaan bingung, dibacakan surah Yasin ketika mahu tarik motosikal
Pemilik motosikal itu dilihat membaca potongan surah Yasin, selain berdoa supaya motosikalnya tidak ditarik.
Banjir: Bomba bantu pindah calon SPM ke asrama
JBPM Sarawak membantu memindahkan calon peperiksaan SPM dari kediamannya di rumah panjang ke asrama sekolah.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [15 Januari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi dan Amirul Aiman
- AADK sahkan 'magic mushroom' ganja sintetik
- UiTM nafi paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan
- 92 juta pekerjaan akan pupus, apakah persediaan Malaysia?
#AWANIpagi #AWANInews
- AADK sahkan 'magic mushroom' ganja sintetik
- UiTM nafi paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan
- 92 juta pekerjaan akan pupus, apakah persediaan Malaysia?
#AWANIpagi #AWANInews
Sesi luar biasa ICIM bincang maklumat palsu, permusuhan terhadap wartawan di Palestin
Delegasi Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
Sesi Luar Biasa ICIM: Malaysia gesa kecaman keras terhadap pembunuhan wartawan di Gaza
Lebih 120 wartawan telah terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza, menimbulkan kebimbangan serius mengenai keselamatan mereka.
Sesi luar biasa ICIM, platform Malaysia ulangi pendirian untuk gencatan senjata di Gaza
Sesi Luar Biasa ICIM akan menjadi platform terkini Malaysia bagi mengulangi pendiriannya terhadap keperluan segera untuk gencatan senjata.