ISTANBUL: Malaysia berharap Sesi Luar Biasa Persidangan Menteri-Menteri Penerangan Islam (ICIM) akan menyuarakan kecaman keras terhadap pembunuhan wartawan di Gaza, yang berani mendedahkan liputan berita secara langsung dari lapangan.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata lebih 120 wartawan telah terkorban (setakat 10 Feb) dalam serangan Israel ke atas Gaza, menimbulkan kebimbangan serius mengenai keselamatan mereka.
Beliau berkata amanah yang digalas mereka tanpa mengharapkan sebarang balasan bukan sahaja memberitahu dunia tetapi juga memainkan peranan penting dalam menentang maklumat buruk yang disebarkan oleh Israel dan sekutunya.
"Walaupun kerajaan dan media Malaysia tidak boleh campur tangan secara langsung di zon konflik, mereka mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan itu. Meskipun mendapat kecaman daripada badan akhbar antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), keganasan terhadap wartawan berterusan tanpa henti," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Pegawai Kanan Persediaan Tertutup Sesi Luar Biasa ICIM negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini hari ini.
Mohamad Fauzi mengetuai delegasi Malaysia mewakili Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada persidangan sehari yang dijadualkan pukul 4 petang (waktu tempatan) pada Sabtu.
Beliau berkata media dan kerajaan Malaysia telah menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Palestin di tengah-tengah konflik yang berlaku di Gaza, mengulangi komitmen Malaysia yang telah lama terjalin terhadap perjuangan Palestin.
Beliau berkata media dan pegawai kerajaan Malaysia menyedari kempen maklumat palsu oleh Israel dan pelbagai media pro-Israel.
"Sejak serangan tentera Israel ke atas Gaza pada 7 Okt 2023, media Malaysia telah mengambil pendekatan proaktif dan adil dalam liputannya.
"Kandungan diperoleh daripada saluran yang boleh dipercayai, termasuk organisasi berbilang pihak seperti PBB, Pihak Berkuasa Palestin serta saluran media yang dipercayai seperti Agensi Berita Palestin (WAM) dan media negara Arab yang berdekatan," katanya.
Dengan 20 perjanjian pertukaran berita dengan agensi berita Timur Tengah, Mohamad Fauzi berkata Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah memainkan peranan penting dalam menyediakan liputan meluas mengenai konflik yang sedang berlaku.
Sebagai tindak balas kepada naratif palsu yang disebarkan oleh Israel dan sekutunya, beliau berkata media Malaysia telah mengetengahkan perbincangan di PBB dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) serta kenyataan organisasi seperti Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
''Pendekatan komprehensif ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang seimbang dan tepat kepada rakyat Malaysia. Tambahan lagi, penganalisis Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam hal ehwal Timur Tengah telah dirujuk untuk memberikan perspektif yang bermaklumat dan menentang naratif berat sebelah yang menyelubungi konflik tersebut.
"Pandangan mereka telah menambah konteks berharga kepada liputan media Malaysia, menawarkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kerumitan yang dimainkan di rantau ini," katanya.
Dianjurkan oleh OIC, persidangan itu antara lain untuk membincangkan usaha bersama dalam menghadapi maklumat palsu dan permusuhan daripada pihak berkuasa Israel terhadap wartawan dan saluran media di wilayah Palestin yang diduduki mereka.
Israel mengebom Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 membunuh lebih 29,000 orang dan mengakibatkan kemusnahan berskala besar dan kekurangan bekalan barangan keperluan yang mencetuskan krisis kemanuasiaan di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
![Sesi Luar Biasa ICIM: Malaysia gesa kecaman keras terhadap pembunuhan wartawan di Gaza Sesi Luar Biasa ICIM: Malaysia gesa kecaman keras terhadap pembunuhan wartawan di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708339675_gazarafah.jpg)
Lebih 120 wartawan telah terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza, menimbulkan kebimbangan serius mengenai keselamatan mereka. - AP
![Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720151599_courtgavelmahkam.jpg)
Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan
Seorang lelaki didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi waktu kerja yang dibenarkan terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.
![Arsenal tebus kontrak David Raya di Brentford Arsenal tebus kontrak David Raya di Brentford](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720151154_tbDavidRaya.jpg)
Arsenal tebus kontrak David Raya di Brentford
Raya menyertai The Gunners menerusi perjanjian pinjaman sepanjang musim tahun lalu dengan nilai pinjaman sebanyak £3 juta.
![Warga Bangladesh dituduh rogol anak tiri 12 tahun Warga Bangladesh dituduh rogol anak tiri 12 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720151018_tbdituduhrogolanak.jpg)
Warga Bangladesh dituduh rogol anak tiri 12 tahun
Tertuduh yang berusia 45 tahun dan sudah 29 tahun tinggal di Malaysia dituduh merogol anak tirinya di sebuah rumah di Ipoh pada 23 Jun lalu.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.09 peratus atau 1.56 mata kepada 1,615.19 daripada 1,616.75 pada Khamis.
![Polis siasat perbuatan khianat pecah cermin kereta di kawasan LRT Polis siasat perbuatan khianat pecah cermin kereta di kawasan LRT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720150636_tbcerminkereta.jpg)
Polis siasat perbuatan khianat pecah cermin kereta di kawasan LRT
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan oleh pihak polis berhubung kejadian.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7065/7100 berbanding dolar AS daripada 4.7080/7100 pada Khamis.
Niaga SPOTLIGHT: Managing healthcare shortages and costs
The Ministry of Health (MOH) received RM41.22 billion under Budget 2024, up from RM36.3 billion the previous year. Personal healthcare expenditures in Malaysia are projected to double to RM13.2 billion by 2028.
However, the national health service faces a severe shortage of medical staff and patient overcrowding, boosting the popularity of private clinics for their convenience and affordability. By 2022, there were over 9,800 registered private health clinics.
Dr. Azizan Abdul Aziz, President of the Malaysian Medical Association (MMA), discusses solutions for public healthcare talent shortages and strategies to maintain affordable private primary care.
However, the national health service faces a severe shortage of medical staff and patient overcrowding, boosting the popularity of private clinics for their convenience and affordability. By 2022, there were over 9,800 registered private health clinics.
Dr. Azizan Abdul Aziz, President of the Malaysian Medical Association (MMA), discusses solutions for public healthcare talent shortages and strategies to maintain affordable private primary care.
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Sungai Bakap esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
!['Pindaan RUU APD 1983 tak beri kuasa penuh kepada pegawai pemulihan AADK' 'Pindaan RUU APD 1983 tak beri kuasa penuh kepada pegawai pemulihan AADK'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720148999_tbZulkifliAbdullah.jpg)
'Pindaan RUU APD 1983 tak beri kuasa penuh kepada pegawai pemulihan AADK'
Kuasa itu hanya bagi kes-kes rawatan dan pemulihan sukarela yang bertujuan mempercepatkan proses merawat pulih mereka yang terlibat dengan penagihan.
![PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720148608_SumbanganBantuan.jpg)
PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan
Perdana Menteri sampai sumbangan kepada Tan Men Heang yang hilang punca pendapatan untuk menyara kehidupannya bersama isteri.
![Lebih 2,000 wartawan terbunuh dalam 20 tahun: Kumpulan pemantau media Lebih 2,000 wartawan terbunuh dalam 20 tahun: Kumpulan pemantau media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717539107_journalists.jpg)
Lebih 2,000 wartawan terbunuh dalam 20 tahun: Kumpulan pemantau media
Konflik-konflik seperti perang di Iraq, Syria, Ukraine, dan Gaza adalah antara yang menyumbang kepada jumlah terbesar wartawan terbunuh.
![4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza 4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715927771_TBRAFAH.jpg)
4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Empat lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media kepada 147 orang.
![Sesi Luar Biasa ICIM: Malaysia gesa kecaman keras terhadap pembunuhan wartawan di Gaza Sesi Luar Biasa ICIM: Malaysia gesa kecaman keras terhadap pembunuhan wartawan di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708339675_gazarafah.jpg)
Sesi Luar Biasa ICIM: Malaysia gesa kecaman keras terhadap pembunuhan wartawan di Gaza
Lebih 120 wartawan telah terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza, menimbulkan kebimbangan serius mengenai keselamatan mereka.
![106 wartawan terbunuh di Gaza dalam tempoh 84 hari serangan Israel 106 wartawan terbunuh di Gaza dalam tempoh 84 hari serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703906686_Israelitank.jpg)
106 wartawan terbunuh di Gaza dalam tempoh 84 hari serangan Israel
Seorang lagi wartawan TV Al-Quds terbunuh dalam serangan di Kem Pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.
![Lebih 100 wartawan terbunuh sejak pengeboman Israel di Gaza Lebih 100 wartawan terbunuh sejak pengeboman Israel di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703464707_wartawanPalestin.jpg)
Lebih 100 wartawan terbunuh sejak pengeboman Israel di Gaza
Wartawan Palestin, Muhammed Abu Hweidy adalah yang terbaharu terbunuh dalam serangan udara Israel di rumahnya di timur Kota Gaza pada Sabtu.
![Sekurang-kurangnya 61 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt Sekurang-kurangnya 61 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621044765_Israeliairstrikes.jpg)
Sekurang-kurangnya 61 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt
Pada 7 Okt sahaja, enam wartawan maut manakala pada 18 Nov lima dilaporkan terbunuh.
![Sekurang-kurangnya 50 wartawan, petugas media terbunuh sejak 7 Okt Sekurang-kurangnya 50 wartawan, petugas media terbunuh sejak 7 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700370940_wartawanPalestin.jpg)
Sekurang-kurangnya 50 wartawan, petugas media terbunuh sejak 7 Okt
Jumlah wartawan dan petugas media yang terbunuh sejak peningkatan konflik di Asia Barat pada 7 Okt lepas mencecah 50 orang.
![Seorang lagi wartawan Palestin terkorban di Gaza Seorang lagi wartawan Palestin terkorban di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700370940_wartawanPalestin.jpg)
Seorang lagi wartawan Palestin terkorban di Gaza
Seorang wartawan Palestin terbunuh selepas serangan udara tentera penceroboh Israel menyasarkan rumahnya di Semenanjung Gaza pada Sabtu, menurut Palestinian Journalists Syndicate (PJS).Wartawan itu di
![Perang Palestin-Israel: 33 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober Perang Palestin-Israel: 33 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51698873849_TBGaza.jpg)
Perang Palestin-Israel: 33 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Lapan pengamal media lain dilaporkan cedera, sementara sembilan lagi hilang atau telah ditahan.
![Reuters desak Israel lakukan siasatan kematian juruvideo Reuters desak Israel lakukan siasatan kematian juruvideo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697336660_TBIssamAbdallah.jpg)
Reuters desak Israel lakukan siasatan kematian juruvideo
Reuters desak Israel untuk menjalankan "siasatan menyeluruh, cepat, dan telus" mengenai kematian juruvideo mereka, Issam Abdallah.