Polis Manchester mengesahkan telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 23 tahun, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan bom.

Jurucakap polis memaklumkan, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di selatan Manchester.

Dalam pada itu, militan Daish pada Selasa mendakwa bertanggungjawab mengebom konsert tersebut.

Kumpulan itu mendakwa, seorang anggotanya telah meletupkan bom berkenaan ketika konsert itu berlangsung.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Letupan gegar konsert Ariana Grande

Dalam kejadian itu, seramai sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan 59 cedera dalam satu letupan selepas berakhirnya konsert penyanyi Amerika, Ariana Grande di Manchester Arena, awal pagi tadi.