BARU sahaja melancarkan comeback "How You Like That", kumpulan Kpop sensasi, Blackpink akan hadir dengan sebuah lagi lagu baharu.
Perkara tersebut diumum YG Entertainment melalui satu kemas kini di akaun Twitter pada Khamis.
YG mengumumkan bahawa kumpulan yang dianggotai oleh Jisoo, Rose, Lisa dan Jennie akan hadir dengan sebuah single baharu pada Ogos.
Pada gambar yang dimuat naik juga terdapat satu gambar misteri yang menunjukkan akan ada artis berkolaborasi bersama kumpulan yang popular dengan lagu Kill This Love itu.
Baru sahaja dimuat naik, bukan sahaja kata kunci nama Blackpink trending, malah nama penyanyi Ariana Grande juga turut trending.
BACA: Benarkah Blackpink dan Ariana Grande bakal berkolaborasi?
BACA: Blackpink pecah lima Rekod Dunia Guinness dengan 'How You Like That'
BACA: Blinks! Siap sedia... BLACKPINK bakal buat 'comeback'
Blinks meneka bahawa Ariana adalah artis yang dimaksudkan oleh YG sebagai artis misteri itu.
Terdahulu Blackpink pernah berkolaborasi bersama Dua Lipa menerusi lagu "Kiss and Make Up" dan juga bersama Lady Gaga iaitu "Sour Candy".
Ariana Grande atau bukan? Sama-sama kita nantikan pada Ogos ini.
Asyraf Roslan
Thu Jul 23 2020

Nama Ariana Grande antara yang disebut-sebut peminat akan berkolaborasi bersama Blackpink. -Foto Instagram
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Pertama kali berlakon, Ariana Grande menangis tercalon di Oscar
Ariana Grande dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik pada Oscar edisi ke-97 untuk peranannya sebagai Glinda dalam filem "Wicked".

Dikhabarkan telah bercerai, Ariana Grande didakwa bercinta dengan pelakon Ethan Slater
Ariana dan Ethan didakwa sudah mula berhubungan beberapa bulan lalu ketika mereka sama-sama berada di set penggambaran filem berkenaan.

Penghujung kisah cinta, Ariana Grande bercerai
Penyanyi, Ariana Grande dilaporkan telah bercerai dengan suaminya, Dalton Gomez.

Peminat gelar dirinya anoreksia, ini jawapan menyentuh jiwa Ariana Grande
Penyanyi Ariana Grande akhirnya bersuara dan memberi respons terhadap kebimbangan peminat terhadap penampilan terbaharunya.

Muat naik foto cincin, Ariana Grande dilapor sudah bertunang?
Penyanyi pop popular, Ariana Grande kini dilaporkan sudah bertunang.

Maaf, bukan Ariana Grande tapi Selena Gomez yang akan bersama Blackpink
Mesti ramai yang tak sabar nak tunggu kolaborasi Blackpink dengan Selena Gomez.

Selepas Ariana Grande, nama Selena Gomez pula disebut bakal bersama Blackpink
Lagu terbaharu itu juga akan menampilkan seorang lagi artis, namun tidak didedahkan identitinya.

Ariana Grande bakal sertai Blackpink?
Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh YG Entertaiment melalui satu kemas kini di akaun Twitter pada Khamis.

Bukan lagi mimpi, Blackpink sah berduet dengan Lady Gaga
Berita baik bagi peminat muzik Kpop, lebih-lebih lagi peminat kumpulan sensasi Kpop, Blackpink.

Pereka kasut Itali Sergio Rossi meninggal dunia, dipercayai akibat COVID-19
Mendiang dilapor telah dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu di Cesena, sebuah bandar di Emilia-Romagna yang merupakan antara wilayah yang paling teruk terjejas akibat pandemik koronavirus.