Yagi, dengan kelajuan angin mencecah 209 kilometer sejam dijangka melanda bandar Wenchang di Hainan dan Daerah Xuwen di Guangdong pada petang Jumaat, lapor Xinhua.
Pada Jumaat, Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun di Guangdong membatalkan semua penerbangan ke Hainan dan Bandar Zhanjiang di Guangdong.
Lapangan Terbang Antarabangsa Zhanjiang Wuchuan turut menggantung semua penerbangannya.
Menurut jabatan pengurusan kecemasan Guangdong, lebih 2,600 tapak pembinaan menghentikan operasi, dengan kira-kira 74,000 orang dipindahkan.
Sementara itu, sebanyak 8,990 sekolah, tadika dan institusi pendidikan di wilayah itu ditutup buat sementara waktu.
-- BERNAMA