Taufan tropika itu telah mengakibat kemusnahan besar ke atas negara di Asia Tenggara.
India menghantar sebuah kapal tentera laut yang membawa 10 tan bantuan seperti makanan kering, pakaian dan ubat-ubatan ke Myanmar pada Ahad, manakala 35 tan bantuan termasuk bekas air, selimut, peralatan dapur dan lampu suluh solar dihantar oleh tentera udara ke Vietnam, kata Menteri Luar Subrahmanyam Jaishankar.
Laos akan menerima 10 tan bantuan yang terdiri daripada peralatan penjanaan kuasa, barangan penulenan air, bekalan kit kebersihan, kelambu, selimut dan beg tidur.
-- BERNAMA