TEHRAN: Seorang ahli lembaga pengerusi Parlimen Iran berkata lima presiden dan 10 speaker Parlimen akan menghadiri majlis pelantikan Presiden Terpilih Dr Masoud Pezeshkian, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Bercakap kepada IRNA, ahli Presidium Dewan Perundingan Islam Mojtaba Yousefi berkata senarai itu sedang dilengkapkan dan pasti akan berubah.
Beliau menyatakan bahawa majlis pengesahan akan diadakan di hadapan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei serta pegawai kerajaan dan tentera, pada 28 Julai.
Majlis pelantikan Pezeshkian akan diadakan di hadapan Ketua Mahkamah Agung Iran, ahli Majlis Penjaga dan Ketua Badan Kehakiman di Parlimen Iran pada 30 Julai, tambahnya.
Menurut keputusan akhir yang diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri Iran, Pezeshkian dipilih sebagai presiden kesembilan Republik Islam dengan 16,384,403 undi daripada jumlah keseluruhan 30,530,157 undi.
Pezeshkian, 69, pernah berkhidmat sebagai naib speaker Parlimen ke-10 dan menteri kesihatan negara semasa pentadbiran bekas presiden Mohammad Khatami.
Pilihan raya awal telah diadakan pada 28 Jun di seluruh Iran dengan penyertaan empat calon.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024
Seorang ahli lembaga pengerusi Parlimen Iran berkata lima presiden dan 10 speaker Parlimen akan menghadiri majlis pelantikan Presiden Terpilih Dr Masoud Pezeshkian. - Gambar fail/AP
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Ringkasan fakta: Siapa Donald Trump?
Perjalanan politik Donald Trump penuh warna-warni dan pada 20 Januari 2025, beliau akan kembali semula ke White House.
Pihak berkuasa AS beri amaran mengenai campur tangan Rusia dalam kempen pilihan raya
Rusia dipersalah berkaitan video "individu yang mendakwa berasal dari Haiti dan menyamar untuk mengundi di beberapa daerah di Georgia".
Duma Boko diisytihar Presiden ke-6 Botswana
Duma Boko, calon presiden daripada parti Payung Perubahan Demokratik (UDC), diisytiharkan sebagai presiden keenam Botswana.
Uruguay adakan pilihan raya presiden dan parlimen
Yamandu Orsi daripada pakatan sayap kiri Frente Amplio mendahului pesaingnya Alvaro Delgado daripada parti pemerintah konservatif, Partido Nacional.
Kamala Harris dedah laporan kesihatan untuk cabar Trump
Keadaan kesihatan Harris sangat baik dan beliau mempunyai ketahanan fizikal serta mental yang diperlukan untuk berkhidmat sebagai presiden.
Pemimpin NPP Anura Kumara Dissanayake dipilih sebagai Presiden Sri Lanka
Anura Kumara Dissanayake muncul sebagai pemenang dalam pilihan raya presiden Sri Lanka yang diadakan pada Sabtu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya pada Ahad, lapor Xinhua.
Pilihan raya parlimen bermula di Azerbaijan
Lebih 6.4 juta pengundi yang layak dijangka akan mengambil bahagian dalam proses pilihan raya ini.
Jokowi dijangka adakan rombakan kabinet hari ini
Menurut media tempatan, terdapat tiga orang menteri dan ketua badan kerajaan yang akan dilantik pada 9 pagi waktu tempatan.
Gencatan senjata di Gaza 'masih berpotensi' dicapai sebelum penghujung penggal - Biden
Biden berkata perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza masih berpotensi dicapai sebelum tamat tempoh penggal sebagai presiden.
Sekurang-kurangnya 5 presiden, 10 speaker hadir pelantikan Presiden Terpilih Iran
Seorang ahli lembaga pengerusi Parlimen Iran berkata lima presiden dan 10 speaker Parlimen akan menghadiri majlis pelantikan Presiden Terpilih Dr Masoud Pezeshkian.