TEHRAN: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 20 lagi cedera dalam pertempuran yang meletus di bandar Zahedan di tenggara wilayah Sistan-Baluchestan, Iran pada Jumaat selepas sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata menyerbu sebuah balai polis.
Kejadian berlaku selepas solat Jumaat di luar balai polis di Jalan Razi di barat Zahedan, beberapa blok dari Masjid Makki, lapor Agensi Anadolu memetik Gabenor Wilayah, Hossein Modarriskhiyabani.
Beliau menyifatkan penyerang sebagai 'kumpulan pengganas dan pemisah', yang berniat untuk 'menawan' balai polis itu.
Video yang tular di media sosial menunjukkan keadaan ngeri ketika orang yang cedera dibawa keluar di tengah-tengah kepulan asap dan bunyi tembakan kedengaran.
Media kerajaan melaporkan bahawa "sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali" melepaskan tembakan ke arah balai polis, mencetuskan pertempuran. Beberapa laporan lain mengatakan penyerang tidak bersenjata tetapi bertindak melontar batu.
Kemudian, penunjuk perasaan yang berang mula membakar beberapa bank dan kereta polis di seluruh bandar, menurut saksi.
Akhir-akhir ini ketegangan semakin memuncak di wilayah majoriti Sunni yang bersempadan dengan Pakistan susulan kematian seorang wanita, Mahsa Amini, semasa dalam tahanan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022
Kejadian berlaku selepas solat Jumaat di luar balai polis di Jalan Razi di barat Zahedan, beberapa blok dari Masjid Makki. - Gambar hiasan
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
IG Arif Aiman kena serbu penyokong Iran
Arif Aiman Hanapi, diserbu beramai-ramai oleh peminat bola sepak dari Iran, terutama penyokong Persepolis.
Malaysia gariskan visi kepengerusian ASEAN 2025 dalam persidangan di Tehran
Ia menyerlahkan visi Malaysia yang bertemakan 'Keterangkuman dan Kemampanan' sebagai asas penyatuan untuk penglibatan serantau dan global.
Malaysia perkukuh hubungan dengan Iran, sasar wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama utama
Malaysia kini mempergiat usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan budaya dengan Iran, dengan mengenal pasti Wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama strategik baharu.
AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.
Warga Lubnan diseru keluar dari cengkaman Iran
Gantz berkata Lubnan perlu membentuk kerajaan yang stabil serta memperkukuhkan peranan tentera Lubnan.
Iran, Malaysia bekerjasama terbit buku tentang kepincangan dalaman Israel
Iran dan Malaysia bekerjasama menerbitkan sebuah buku baharu yang mengupas isu kepincangan dalaman rejim Zionis, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Duta Malaysia seru konservasi berteraskan komuniti di Forum Datuk Bandar Asia di Iran
Mengambil contoh Cameron Highlands sebagai model unggul, beliau berkata penglibatan komuniti telah membawa kepada kejayaan konservasi.
Pejuang Houthi lancar operasi ketenteraan, serang sasaran kritikal Israel
Pejuang Houthi dari Yaman umum melancarkan operasi ketenteraan terhadap Israel, dengan menyerang beberapa sasaran ketenteraan dan kritikal pada Ahad.
Tiada bukti Iran sedang bina senjata nuklear - Ketua IAEA
IAEA menegaskan bahawa pemeriksa antarabangsa tidak menemukan sebarang bukti yang boleh menunjukkan bahawa Iran sedang membina senjata nuklear.
Kerajaan Iran takutkan rakyatnya, bukan Israel - Netanyahu
Menurut Netanyahu, kerajaan Iran melaburkan banyak masa dan wang untuk memadamkan harapan rakyatnya dan menghalang impian mereka.