BANGKOK: Mulai Isnin, Bangkok dan tiga destinasi pelancongan Krabi, Phang-Nga dan Phuket di bawah 'tourism sandbox areas' atau 'zon biru' akan menyaksikan perintah berkurung waktu malam ditarik balik dan kedai makan dibenarkan menghidangkan minuman beralkohol.
Walaupun pub dan bar serta pusat hiburan kekal ditutup tetapi kebanyakan sekatan ke atas perniagaan dan aktiviti rekreasi akan ditarik balik sebagai persediaan Thailand menyambut kedatangan pelancong lengkap vaksinasi COVID-19 dari 46 negara dan wilayah berisiko rendah mulai 1 Nov.
Pelonggaran sekatan itu dibuat selepas Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) hari ini.
Jurucakap CCSA Dr Taweesin Visanuyothin berkata CCSA hari ini memutuskan untuk mengurangkan jumlah 'zon merah gelap' daripada 23 kepada tujuh iaitu Chanthaburi, Tak, Nakhon Si Thammarat, Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla.
"Dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di 'zon merah gelap', perintah berkurung dari 11 malam hingga 3 pagi tetap dilaksanakan," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Sehingga kini, Thailand merekodkan 1,893,941 kes COVID-19 dan 19,070 kematian.
Sementara itu, Prayuth menggesa orang ramai dan perniagaan supaya mematuhi langkah pencegahan COVID-19 bagi memastikan pembukaan semula negara yang selamat, bermula Isnin.
Thailand akan menyambut kedatangan pelawat lengkap vaksinasi mulai 1 Nov dari 46 negara dan wilayah berisiko rendah termasuk Malaysia, dengan pengecualian kuarantin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 29 2021

Mulai Isnin, Bangkok dan tiga destinasi pelancongan Krabi, Phang-Nga dan Phuket akan menyaksikan perintah berkurung waktu malam ditarik balik. - Gambar fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PM Thai Paetongtarn janji ubah Phuket jadi hab pelancongan mewah global
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah menyatakan visinya untuk mengubah Phuket menjadi destinasi pelancongan premium yang mampu menganjurkan acara antarabangsa berskala besar.

Penerbangan IndiGo ke Phuket dilencongkan ke Pulau Pinang akibat cuaca buruk
Sebuah pesawat IndiGo yang dalam penerbangan dari Mumbai, India ke Phuket, Thailand terpaksa dilencongkan ke Pulau Pinang akibat cuaca buruk pada Jumaat.

Tanah runtuh di Phuket ragut lapan nyawa
Hujan lebat di Phuket menyebabkan banjir kilat, aliran air dari hutan, dan tanah runtuh yang menimbus rumah di Mueang Phuket.

Qatar Airways sambung semula perkhidmatan ke Pulau Pinang
Qatar Airways akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan harian ke Pulau Pinang menerusi Phuket, Thailand pada 29 Okt ini.

Raja Muda Perlis santuni masyarakat muslim di Coconut Island, Phuket
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan berangkat menyantuni masyarakat Islam di Coconut Island.

Pesakit pertama cacar monyet di Thailand hilangkan diri
Pesakit cacar monyet pertama Thailand menghilangkan diri di pulau peranginan Phuket sebaik beliau dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringannya.

Demi bertemu isteri, sanggup dayung bot 2,000km dari Phuket ke India
Lelaki berusia 37 tahun dari bandar Ho Chi Minh, Vietnam itu berada di laut selama 18 hari.

Sekatan COVID-19 di Bangkok, Krabi, Phang-Nga dan Phuket dilonggarkan
Mulai Isnin, Bangkok dan tiga destinasi pelancongan Krabi, Phang-Nga dan Phuket akan menyaksikan perintah berkurung waktu malam ditarik balik.

AirAsia sambung semula penerbangan ke Phuket
AirAsia Malaysia akan menyambung semula empat penerbangan mingguan antara Kuala Lumpur dan Phuket bermula 5 Nov, 2021.

Kes COVID-19 kembali meningkat, Thailand pertingkat saringan besar-besaran di Phuket
Pihak berkuasa kesihatan Thailand akan meningkatkan ujian saringan besar-besaran di Phuket minggu ini dalam usaha untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 yang meningkat di pulau peranginan itu.